Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mahu berbasikal hujung minggu ini? Berikut ini 5 khidmat angkut basikal yang perlu anda tahu

Sama ada tayar basikal anda pancit atau anda perlu mengangkut basikal anda ke lokasi lain, berikut ini 5 perkhidmatan angkut basikal yang sedia membantu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahu berbasikal hujung minggu ini? Berikut ini 5 khidmat angkut basikal yang perlu anda tahu

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 07 Jan 2022 11:40PM Dikemas Kini : 07 Jan 2022 11:40PM

SINGAPURA: Sama ada tayar basikal anda pancit atau anda perlu mengangkut basikal anda ke lokasi lain, berikut ini 5 perkhidmatan angkut basikal yang sedia membantu.

1. WTS TRAVEL RIDE & BIKE

Jika anda tinggal di kawasan barat dan ingin berbasikal di kawasan timur tanpa perlu mengayuh ke sana, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini.

WTS Travel akan menjemput anda dan basikal anda sekali (basikal biasa atau yang boleh dilipat) di stesen MRT dan pada masa yang ditetapkan - bagi kawasan barat (seperti MRT Lakeside), utara (seperti MRT Woodlands) dan timur laut (seperti MRT Punggol) menggunakan bas mereka.

Anda akan dihantar ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi di mana anda boleh memulakan pengalaman berbasikal sejauh 21km. Bagi keluarga yang ingin mengikuti laluan berbasikal yang lebih pendek sejauh 9 kilometer, mereka akan diturunkan di Taman East Coast.

Laluan yang sudah dirancang itu akan membawa anda menyusuri Taman East Coast, Bendungan Marina, Taman Di Pesisiran, Taman Merlion sebelum berakhir di Singapore Flyer, di mana anda akan dihantar semula ke stesen MRT.

Harga perkhidmatan itu bermula dari S$16 jika anda membawa basikal anda sendiri, hingga S$38 jika anda menyewa basikal lipat daripada WTS Travel. Harga tersebut termasuk kos pengangkutan dua hala.

2. MAXI CAB

Anda yang ingin berbasikal dalam keadaan selesa, bolehlah menempah teksi Maxi Cab yang mempunyai tujuh, sembilan dan 13 tempat duduk. Teksi itu juga boleh memuatkan dua, tiga atau empat basikal lasak.

Untuk menjimatkan kos, jika anda merancang berkongsi teksi dengan rakan-rakan berbasikal anda, baik kalau semuanya berkumpul di satu lokasi.

Bayaran tambahan dikenakan jika teksi itu perlu membuat perhentian tambahan.

Lebih menarik lagi, perkhidmatan ini disediakan 24 jam.

Harganya bermula dari S$40 (teksi maxi tujuh tempat duduk; jarak perjalanan kurang daripada 5 kilometer) hingga S$60 (teksi maxi 13 tempat duduk; perjalanan kurang daripada 5 kilometer) dan harga termasuk bayaran tempat letak kereta dan ERP.

3. CAROUSELL

Tayar basikal anda pancit dan anda perlukan kenderaan kecemasan untuk mengangkut basikal anda? Ada beberapa vendor di Carousell yang menawarkan bantuan misalnya @tahiro65. Dengan bayaran asas S$25(bergantung kepada jenis dan jumlah basikal, perjalanan satu hala atau perjalanan ualng alik) beliau akan mengangkut basikal anda dan membawanya ke mana-mana lokasi yang anda inginkan. Perkhidmatan ini disediakan 24 jam seperti yang diiklankan di akaunnya.

Beliau juga menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan.

4. ALOHA BIKE TRANSPORT

Syarikat ini memberi respons dan menjawab pertanyaan dengan cepat dan menyediakan pengangkutan yang sangat berpatutan.

Harga perkhidmatan ini untuk perjalanan sehala dalam jarak 25 kilometer, adalah S$35 bagi dua basikal dan dua penunggang; tambah S$5 dan seterusnya untuk setiap perhentian tambahan. Empat basikal dan empat penunggang adalah S$40; bagi perjalanan sehala bagi jarak 25 kilometer.

Kos tambahan dikenakan untuk waktu sibuk pada hari bekerja dari 7 pagi hingga 9.30 pagi dan 5 petang hingga 8 malam.

Bayaran tambahan tengah malam sebanyak S$10 juga dikenakan antara 11 malam dengan 6 pagi.

5. GET VAN GOODS

Syarikat ini menyediakan van dengan pemandu.

Bergantung pada bilangan basikal yang anda miliki, anda boleh menyewa van Renault Kangoo (boleh muat satu basikal) atau van Mitsubishi Fuso (boleh muat lapan basikal) daripada Get Van.

Anda boleh segera mendapat van bagi satu hingga lima basikal tetapi jika anda mempunyai lebih banyak basikal untuk diangkut, anda perlu menempah dua jam lebih awal.

Harga asas bermula dari S$35 bagi van Renault Kangoo manakala harga bagi van Mitsubishi Fuso ialah S$70. Ini tidak termasuk kos letak kereta dan ERP.
Mereka juga mengenakan bayaran tambahan jika perlu buat persinggahan atau perhentian tambahan.

Sumber : CNA/FA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa