Mahmud's Tandoor ambil alih rumah kedai setinggi 3 tingkat di Kampong Gelam
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ditubuhkan oleh pasangan suami isteri Siraj Aziz dan Nasyirah Parveen pada 2023, perniagaan Mahmud's Tandoor semakin dikenali ramai kerana menjual burger tandoori dan makanan jalanan yang mencungkil inspirasi dari India.
Kedai itu dinamakan sempena bapa Nasyirah, di mana resipi ayam tandoori beliau digunakan oleh pasangan itu untuk mengusahakan perniagaan makanan dan minuman (F&B) itu.
Siraj, 36 tahun yang sebelum ini bertugas sebagai penolong ketua jabatan penulisan di syarikat kandungan digital SGAG serta isterinya, Syirah, 33 tahun yang dahulu bekerja sebagai seorang guru bagi murid-murid berkeperluan khas di sebuah sekolah rendah, pada awalnya "mengambil potongan gaji lebih 50 peratus" untuk memulakan perniagaan mereka.
Pada April 2023, pasangan itu melaburkan dana sebanyak lima angka untuk mulakan perniagaan Mahmud's Tandoor di Curbside Crafters yang terletak berhampiran Arab Street.
Kini, dua tahun kemudian, Mahmud's Tandoor telah berpindah ke premis lebih besar iaitu sebuah rumah kedai setinggi tiga tingkat di Kandahar Street.
Dibuka pada 15 Februari lalu, ruang baharu itu menawarkan pengalaman lebih selesa kepada para pelanggan.
Tingkat bawah kedai itu dapat menampung sebanyak 35 tempat duduk di ruang yang berhawa dingin dan dengan pengudaraan kipas.

Encik Siraj berkata rancangan untuk memindahkan perniagaannya ke premis yang lain telah berlegar dalam fikirannya selama lebih setahun.
"Sebaik sahaja perniagaan ini menjadi semakin stabil, kami sedar bahawa kami perlu berpindah. Pelanggan lama kami mahukan tempat duduk yang lebih selesa, dan kami juga mahu menampung keluarga lebih besar," kata Encik Siraj.
TINGKAT DUA AKAN MENEMPATKAN SEBUAH KAFE
Tingkat dua rumah kedai itu dahulunya disewa oleh Maison Ikkoku yang merupakan sebuah koktel bar.
Menurut Encik Siraj, premis itu dibiarkan kosong dahulu sementara pihaknya menantikan kelulusan daripada Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk dijadikannya sebagai sebuah kafe.
Daripada mengendalikannya sendiri, Encik Siraj memutuskan untuk menyewakan ruang itu kepada penyewa lain yang lebih berpengetahuan dalam selok belok mengendalikan sebuah kafe.
Beliau menambah bahawa beliau juga terbuka untuk menyewakan ruang itu kepada beberapa kafe untuk jangka pendek, namun beliau akan menimbangkan perkongsian jangka panjang jika beliau menemui penyewa yang sesuai.

HARAP DAPAT ANJURKAN ACARA 'STAND-UP' KOMEDI DI TERES BUMBUNG
Ruang atas bumbung di rumah kedai itu dapat menempatkan sebanyak 30 tempat duduk secara alfresco dengan pemandangan Masjid Sultan.
"Pemandangan itu yang membuat kami tertarik untuk membeli seluruh rumah kedai ini," seloroh Encik Siraj.
Menurut Encik Siraj, beliau pada awalnya tidak merancang untuk membeli seluruh rumah kedai itu.
Beliau sebaliknya hanya berhasrat untuk menyewa tingkat bawah rumah kedai itu.
Namun, beliau mengubah fikirannya selepas mendapat tahu sebuah bar akan dibuka di tingkat atas rumah kedai berkenaan.

"Kami orang Islam. Ia adalah Arab Street, saya tidak mahu melihat orang minum minuman keras di hadapan masjid.
"Kami tertanya-tanya jika kami boleh lakukan sesuatu mengenainya, mungkin ambil alih seluruh bangunan itu dan menyewakan beberapa ruang kepada penyewa lain," jelasnya.
HARGA MENU DIKEKALKAN
Walaupun sudah berpindah ke tempat lain, Mahmud's Tandoor tetap mengekalkan harga dalam menunya.
Hidangan popular seperti Burger OG Tandoori dan Burger Crispydoori tetap dijual pada harga S$12 setiap satu, manakala Kentang Masala Ayam masih dijual pada harga asal iaitu S$6.
"Selagi perniagaan ini masih stabil, kami harap dapat mengekalkan harga ini selama mungkin," kata Encik Siraj.

Sumber : 8 Days/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.