Mahathir selamba pecut 150km sejam di litar Sepang meski usia cecah 99 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Dr. Mahathir bin Mohamad/Facebook)
SEPANG: Walaupun sudah berusia 99 tahun, mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dilihat masih mampu untuk memandu kereta sendiri.
Malah, dalam laporan SAYS, mantan Perdana Menteri itu dilihat masih sihat dan mampu melakukan pelbagai aktiviti harian.
Yang terbaharu, Dr Mahathir dilihat memandu kereta sendiri sehingga memecut laju di Litar Antarabangsa Sepang.
Menerusi sebuah video di Facebook miliknya, ia memaparkan mantan pemimpin negara berkenaan sedang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q5 di Litar Antarabangsa Sepang.
Pada awalnya, Dr Mahathir dilihat hanya duduk di bahagian penumpang hadapan dengan dibawa mengelilingi litar tersebut oleh Pengerusi SIC, Mohamed Azman Yahya.
Dr Mahathir juga dibawa untuk melihat kemudahan di litar tersebut sebelum kemudiannya dilihat memandu sendiri kenderaan itu.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah Dr Mahathir dengan 'selamba' memandu kenderaan tersebut sehingga mencecah kelajuan lebih 150 kilometer sejam, menurut SAYS.
Dalam sesi temu ramah berkenaan, Dr Mahathir telah berkongsi tentang sejarah pembinaan litar tersebut yang telah dilaksanakan pada tahun 1998.

Sumber : Sumber Web/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.