Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

M'sia ramal trend 'slow travel' meningkat tahun depan

Malaysia mengunjurkan trend percutian lebih lama atau 'slow travel' sebagai trend perjalanan utama pada tahun 2020, meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia ramal trend 'slow travel' meningkat tahun depan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 08:00AM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 08:16AM

KUALA LUMPUR: Malaysia mengunjurkan trend percutian lebih lama atau 'slow travel' sebagai trend perjalanan utama pada tahun 2020, meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Trend 'slow travel' lebih mengutamakan pengalaman berbanding destinasi. Ia adalah tentang bersantai dan mengambil masa lebih lama untuk bercuti.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata Malaysia yang mempunyai banyak warisan alam dan budaya adalah aset yang tidak ternilai untuk menarik minat dan pertumbuhan di rantau Asia.

Selepas kebangkitan pelancong bebas, berdikari dan solo, trend perjalanan utama bagi tahun 2020 dijangka slow travel dan menurut Skyscanner, peratusan tertinggi pelancong Asia yang meminati slow travel atau percutian lebih lama pada tahun 2020 adalah Korea Selatan (31 peratus), Hong Kong (29 peratus), Taiwan (28 peratus) dan Jepun (27 peratus), berdasarkan gaya hidup pantas di bandar-bandar Asia.

“Laporan itu juga menunjukkan peningkatan minat dalam destinasi di Asia berbanding Eropah pada 2020, dengan lebih 75 peratus destinasi pilihan di rantau ini,” katanya di majlis Jamuan Malam Penghargaan Media dan Industri Tourism Malaysia di Glasshouse di Seputeh.

Beliau berkata laporan itu juga menunjukkan peningkatan minat global pada destinasi-destinasi di Asia berbanding Eropah pada tahun 2020, dengan lebih daripada 75 peratus destinasi pilihan di rantau ini.

Malah, wawasan data yang dikeluarkan syarikat gergasi teknologi perjalanan dunia Amadeus menunjukkan bahawa pertumbuhan tertinggi dalam carian online untuk perjalanan ke Malaysia adalah dari Korea, Indonesia, China, Thailand dan Singapura.

Sementara itu, Amerika Syarikat dan United Kingdom juga berada di kedudukan teratas senarai dari segi jumlah carian, di pasaran keempat dan kelima terbesar, selepas China, Korea dan Singapura.

Dalam ucapannya, Encik Muhammad Bakhtiar juga berkata kementerian itu merancang untuk memulakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) secara besar-besaran dan akan menjemput semua media untuk mengambil bahagian dalam sambutan Tahun Baru dan TMM 2020, yang akan diadakan serentak di Dataran Merdeka pada 31 Dis. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan