Lembu NZ diberi nama "Aidil' sempena nama pakar bedah veterinar Melayu

Gambar: Nur Syafeera
Berbekal minat yang mendalam, beliau bertekad untuk menimba ilmu dalam penjagaan dan rawatan haiwan peliharaan.
"Semasa saya di sekolah, saya mula mempelajari lebih tentang kerjaya sebagai doktor veterinar. Saya pergi ke klinik-klinik (haiwan) untuk melakukan kerja sukarela dan setelah itu, minat saya dalam bidang veterinar bertambah," kata Dr Aidil kepada BERITA Mediacorp.
Dr Aidil melanjutkan pelajarannya ke Universiti Massey di New Zealand di mana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Veterinar pada 2015.

"Saya membuat pembedahan untuk seekor lembu yang besar. Lembu itu ada masalah untuk beranak jadi kami terpaksa melakukan pembedahan ‘C-section’ untuk keluarkan anaknya dari dalam perut lembu. Untuk lembu seberat 500 kilogram, memang kami tidak buat di dalam teater pembedahan. Kami buat di padang atau lapangan. Kami beri ubat bius, buatkan ‘incision’ kita, kemudian kami perlukan dua hingga tiga orang untuk keluarkan anak lembu itu.
"Rasa gembira kerana pada waktu itu, kami masih lagi belajar. Itu juga pertama kali kami melihat perkara seperti itu, jadi kami memang teruja. Saya juga ingat sebab saya pelajar yang menolong doktor haiwan utama untuk buat pembedahan itu dan bila kami keluarkan anak lembu itu, penternak lembu itu namakan anak lembu itu atas nama saya," seloroh Dr Aidil.
Selepas tamat pengajian, beliau memperoleh pengalaman klinikal selama lapan tahun di New Zealand, United Kingdom dan Malaysia sebelum pulang ke Singapura.
Beliau kini bertugas sebagai pakar bedah veterinar untuk haiwan kecil sepenuh masa di klinik Passion Vet di Woodlands.

Dr Adil merawat antara 15 hingga 25 kes dalam sebulan, bergantung kepada jenis kes.
Beliau mengakui tidak dapat lari daripada menghadapi tekanan perasaan and stres.
"Kalau kita hendak senaraikan cabarannya itu memang terlalu banyak. Namun, cabaran yang saya paling rasa hampir semua doktor veterinar adalah cabaran dari segi stres dan emosi. Apabila kami bekerja dengan haiwan, kami bekerja dengan haiwan-haiwan yang sakit. Ada beberapa haiwan yang kami cuba selamatkan tetapi mungkin tidak dapat diselamatkan, terutamanya haiwan-haiwan yang mempunyai penyakit 'terminal' atau yang memerlukan penjagaan penghujung hayat, maksudnya penyakit-penyakit yang tidak boleh diubati lagi.
"Pada awalnya, ia memang sukar untuk menghadapi cabaran-cabaran seperti tekanan emosi. Jadi apa yang biasanya kami lakukan, kami akan cuba meluahkan perasaan kita sama ada dengan rakan-rakan sekerja ataupun dengan ahli keluarga. Dan yang penting, kita juga cuba untuk tidak mengabaikan kesihatan diri sendiri," kongsi beliau.
RAWAT SEMUA JENIS HAIWAN
Dr Adil akur sebilangan anggota masyarakat yang mungkin kurang senang dengan pekerjaan doktor veterinar yang perlu menyentuh anjing.

"Saya rasa tidak pernah mendapat apa-apa kritikan lagi yang melibatkan saya memegang anjing, dan merawat anjing sebagainya. Bagi saya itu adalah satu tanggungjawab saya sebagai seorang doktor veterinar, untuk merawat semua jenis haiwan yang saya ada berkemampuan untuk merawat.
"Bagi saya, untuk merawat anjing tidak ada masalah cuma terdapat beberapa perkara yang saya perlu awasi apabila merawat anjing. Contohnya, dalam Islam kami tahu bahawa beberapa bahagian tertentu anjing seperti air liur itu dianggap sebagai najis (berat) dan apabila saya menyentuh bahagian-bahagian yang dianggap sebagai najis ini, saya akan membasuh tangan saya dengan cara yang berpatutan (bersuci) sebelum saya sembahyang ataupun solat," jelas Dr Aidil.
Bagi sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor haiwan, ini nasihat Dr Aidil.
"Pertama, perlu belajar bersungguh-sungguh. Selepas itu, cuba untuk memupuk minat itu dengan membuat kerja sukarela di klinik haiwan, di Persatuan bagi Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) untuk melihat keadaan pekerjaan sebagai seorang veterinar dan membiasakan diri dengan kehidupan ini."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.