Lelaki Taiwan saman ibu gara-gara buang siri komik tanpa kebenaran
Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Seorang wanita di Taiwan diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar pampasan sebanyak NT$5,000 (S$202) kepada anaknya kerana membuang siri buku komik anak lelakinya tanpa kebenaran beliau, menurut laporan Sin Chew Daily.
Kejadian bermula pada Februari apabila anaknya mendapati bahawa 32 koleksi komik Attack on Titan milik plaintif dibuang oleh ibunya.
Anaknya melaporkan kejadian itu kepada polis kerana berasa marah.
Ibunya memohon maaf kepadanya, namun si anak tetap ingin meneruskan dakwaan.
Kes itu akhirnya dibawa ke mahkamah, dengan hakim memutuskan bahawa tindakan ibunya melanggar peruntukan di bawah Akta Pencegahan Keganasan Rumah Tangga Taiwan.
Ibunya mengaku bersalah namun berkeras bahawa buku-buku tersebut tidak bernilai tinggi.
Bagaimanapun, hakim meneruskan dengan denda yang dikenakan dan mengarahkan ibu tersebut menjalani khidmat masyarakat selama lima hari.
Attack on Titan adalah sebuah siri manga hasil Hajime Isayama yang ditetapkan di dalam dunia, di mana manusia berjuang untuk terus hidup menentang 'humanoid' yang memakan manusia, yang digelar sebagai Titan.
Sejak dilancarkan pada 2009, manga itu menjadi salah satu siri terlaris sepanjang masa dengan 140 juta salinan dalam edaran tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.