Skip to main content

Gaya Hidup

Lelaki SG ini terbang ke KL demi nasi lemak

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki SG ini terbang ke KL demi nasi lemak

Petikan skrin dari TikTok. (Gambar: kdarshen/TikTok)

Diterbitkan : 04 Mar 2025 11:42PM Dikemas Kini : 04 Mar 2025 11:44PM
KUALA LUMPUR: Nasi lemak bukan sekadar makanan biasa bagi segelintir orang. Ada yang sanggup terbang jauh semata-mata untuk mendapatkan nasi lemak versi yang dipercayai terbaik.

Begitu kisahnya dengan seorang lelaki Singapura ini. Beliau melakukan penerbangan ke Kuala Lumpur hanya untuk memuaskan hatinya menikmati nasi lemak, lapor The Sun.

Dalam satu video yang viral, pempengaruh Darshen merakam perjalanannya ke Malaysia, sambil mengatakan betapa "tidak adil" bahawa "Malaysia memiliki Nasi Lemak yang lebih enak."

Yakin untuk mendapatkan hidangan ikonik itu, Darshen dan rakannya menaiki penerbangan pada pukul 6.00 pagi ke KL.

Penerbangan selama 45 minit ke KL itu membawa Darshen ke Restoran Village Park di Petaling Jaya, yang terkenal dengan nasi lemaknya yang beraroma dan ayam gorengnya yang garing.

Setibanya di sana, beliau tidak membuang masa untuk menjamu selera, sambil menyifatkan nasi lemak itu sebagai yang "terbaik" yang pernah dimakannya, lapor The Sun.

Netizen membanjiri bahagian komen, dengan ramai yang bergurau membuat perbahasan sama ada nasi lemak Singapura boleh dibandingkan dengan nasi lemak Malaysia, manakala yang lain mencadangkan bahawa terdapat pilihan yang lebih baik di Malaysia selain Village Park.

Seorang pengguna bernama Nia berkata: "Anda patut cuba nasi lemak burung hantu!"

Seorang lagi warga net, yang mungkin rakyat Singapura, Jade Adam, menulis "Makanan mereka memang lebih sedap lah... tidak boleh dinafikan—dan saya bertuah menjadi jiran mereka."

"Malaysia sentiasa ada nasi lemak yang terbaik," kata syzwneedmea, seperti dipetik The Sun.

Bagaimana pula dengan anda? Sanggupkah anda menaiki pesawat hanya untuk hidangan kegemaran anda?
Sumber : Sumber Web/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita