Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lelaki Cina ini terima kejutan paluan kompang sempena hari jadi

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ulang tahun kelahiran biasanya disambut dengan nyanyian ‘selamat hari jadi’, tidak kurang ada juga segelintir individu merancang bagi melakukan pelbagai kejutan istimewa.

Kejutan itu dijayakan oleh sekumpulan individu berbangsa Cina yang meraikan hari lahir salah seorang rakan mereka dengan kejutan paluan kompang, seperti dinukil daripada ohmymedia.

Rakan kepada "mangsa" yang menerima kejutan itu memuat naikkan satu video di laman Facebook beliau yang memaparkan lelaki itu terpinga-pinga apabila melihat kumpulan pemain kompang masuk ke dalam ruang tempat makan mereka.

Sebaik menyedari itu adalah ‘hadiah’ hari lahirnya, pemuda tersebut dilihat tersipu-sipu malu namun dalam masa sama, masih tersenyum sambil melayan paluan yang meriuhkan suasana di lokasi berkenaan, lapor ohmymedia.

Di penghujung video selama kira-kira dua minit itu, pemuda berkenaan tidak lupa memberikan reaksi terima kasih kepada pemain kompang yang menjadi sebahagian bagi menjayakan sambutan hari lahirnya.

Video tersebut mendapat 11,000 perkongsian dan 17,000 tanda suka dalam kalangan netizen yang rata-rata terhibur dengan idea atau kerja ‘gila’ dilakukan oleh rakan-rakan pemuda terbabit, lapor ohmymedia.

Tidak kurang ada juga ‘menyeru’ rakan masing-masing di ruangan komen sekiranya mahu membuat kejutan seperti itu untuk individu tertentu.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan