The LEGO Group lancar set Pokemon pada 27 Feb
Anggaran Waktu Membaca:
- LEGO dan francais Pokemon melancarkan tiga set mainan bertemakan Pokemon bermula 27 Februari di Singapura.
- Lima watak ikonik ditampilkan iaitu Pikachu, Eevee, Venusaur, Charizard dan Blastoise dalam set kolaborasi ini.
- Set Pikachu dan Poke Ball terdiri daripada 2,050 keping dan boleh diposisikan secara dinamik, manakala set Eevee menawarkan harga paling rendah dengan anggota badan boleh digerakkan.
- Pelancaran ini bertujuan memenuhi minat peminat dan pengumpul mainan serta memperkenalkan ciri-ciri unik dalam koleksi LEGO Pokemon.
SINGAPURA: Mulai 27 Februari, peminat dan pengumpul mainan Pokemon boleh mendapatkan set LEGO pertama yang bertemakan watak-watak dari francais terkenal itu.
Tiga set pertama daripada kolaborasi tersebut akan menampilkan lima Pokemon ikonik: Pikachu, Eevee serta set gabungan Venusaur, Charizard dan Blastoise.
Tiga set pertama daripada kolaborasi tersebut akan menampilkan lima Pokemon ikonik: Pikachu, Eevee serta set gabungan Venusaur, Charizard dan Blastoise.
Dijual pada harga AS$199.99 (S$257.40), set Pikachu dan Poke Ball terdiri daripada 2,050 keping mainan LEGO.
Peminat akan dapat meletakkan Pikachu dalam pelbagai posisi, termasuk posisi pertarungan yang dinamik serta dalam posisi duduk.
Peminat akan dapat meletakkan Pikachu dalam pelbagai posisi, termasuk posisi pertarungan yang dinamik serta dalam posisi duduk.
Set Eevee menawarkan harga paling hemat antara ketiga-tiga set, berharga AS$59.99 (S$77.20).
Set sebanyak 587 keping itu datang dengan anggota badan yang boleh digerakkan, membolehkan peminat meletakkan Pokemon yang comel itu dalam pelbagai posisi.
Set sebanyak 587 keping itu datang dengan anggota badan yang boleh digerakkan, membolehkan peminat meletakkan Pokemon yang comel itu dalam pelbagai posisi.
Merangkumi lebih 6,838 keping, koleksi Venusaur, Charizard dan Blastoise adalah salah satu set terbesar LEGO setakat ini.
Berharga AS$649.99 (S$836.75), ketiga-tiga watak itu boleh dipamerkan secara berasingan atau bersama-sama.
Setakat ini, tidak jelas sama ada set-set LEGO Pokemon ini akan dijual di Singapura.
Mediacorp sudahpun menghubungi The LEGO Group untuk mendapatkan komen.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.