Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lego buka kilang baru di Taman Perusahaan Vietnam-Singapura III

Syarikat pengeluaran mainan Lego mengumumkan pada Rabu (8 Dis) ia merancang untuk membina sebuah kilang baru di Vietnam bagi memenuhi permintaan yang pesat berkembang bagi permainanan batu bata plastik warna-warninya dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Lego buka kilang baru di Taman Perusahaan Vietnam-Singapura III

(Gambar fail: AFP/Claus Fisker)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 09:46AM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 09:53AM

COPENHAGEN: Syarikat pengeluaran mainan Lego mengumumkan pada Rabu (8 Dis) ia merancang untuk membina sebuah kilang baru di Vietnam bagi memenuhi permintaan yang pesat berkembang bagi permainanan batu bata plastik warna-warninya dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Asia.

Firma swasta milik keluarga dari Denmark menyatakan ia akan melabur lebih AS$1 bilion dalam projek itu, yang akan menjadi kilangnya yang kedua di Asia selepas kilangnya di China dibuka pada 2016.

Terletak di Taman Perusahaan Vietnam Singapura III di Wilayah Binh Duong, kilang itu dijadualkan mula beroperasi pada 2024 dan akan mengambil sehinggai 4,000 pekerja.

Lego menikmati pertumbuhan dua angka di rantau ini sejak 2019.

Permintaan kini berada di landasan untuk menjangkaui bekalan dari kilangnya di China dalam jangka pertengahan hingga panjang, kata ketua pegawai operasi Lego Carsten Rasmussen kepada Reuters.

Langkah membuka kilang di Vietnam itu adalah yang terbaru dalam strategi sedekad Lego untuk menempatkan kilang pengeluaran dekat dengan pasaran utama, yang telah membantu mengekang kos dan melindunginya daripada faktor luaran.

Encik Rasmussen menambah keputusan untuk membina kilang di Vietnam bukan disebabakan gangguan rantaian bekalan global baru-baru ini.

Kemudahan itu juga akan menjadi kilang bebas karbon pertama Lego sedang ia merancang untuk memadankan penggunaan tenaga dengan kuasa suria dari panel di atas bumbungnya dan dari ladang berdekatan.

Meskipun Lego masih membuat batu bata plastik berasaskan minyak, ia berikrar untuk menggantikannya dengan produk diperbuat daripada bahan mampan menjelang hujung dekad ini. Kilang baru itu juga akan mempunyai panel suria di atas bumbungnya.

"Lego Group, bersama Taman Perusahaan Vietnam Singapura akan menanam 50,000 pokok di Vietnam untuk menebus tumbuh-tumbuhan yang ditebang semasa pembinaan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan media.

Kilang itu akan menjadi "tambahan penting" kepada pengeluaran tahunan Lego yang berjumlah sekitar 100 bilion batu bata, kata Encik Rasmussen, tanpa memberikan butiran lanjut.

Lego, juga sedang mengembangkan kapasitinya di Mexico, Hungary dan China selain menambah mesin di kilangnya di Denmark dan Republik Czech, dedahnya.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan