Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lebih ramai warga SG bersenam, dapatkan vaksinasi; henti merokok pada 2023: Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional

Tinjauan itu melibatkan lebih 7,600 orang berusia 18 hingga 79 tahun, antara Julai 2022 dengan pertengahan 2023.
 

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Warga Singapura terus membuat pilihan yang lebih sihat pada tahun 2023.

Sedang usaha mengurangkan pengambilan sodium diteruskan,
Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional 2023 mendapati ada beberapa peningkatan dalam penunjuk gaya hidup dan kesihatan pencegahan dalam kalangan penduduk di sini.

Tinjauan itu melibatkan lebih 7,600 orang berusia 18 hingga 79 tahun, antara Julai 2022 dengan pertengahan 2023.

Antara dapatannya ialah lebih ramai penduduk sudah berhenti merokok,
dengan hanya 8.8 peratus kerap merokok tahun lalu.

Jumlah itu merupakan yang terendah dalam lebih sedekad.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan ia akan terus meneroka langkah kawalan tembakau.

Sementara itu, lebih ramai penduduk bersenam.

Jumlah penduduk yang "melakukan cukup kegiatan fisikal" naik hampir 4 peratus tahun lalu kepada 79 peratus berbanding hampir 75 peratus pada 2022.

Melakukan cukup kegiatan fisikal merujuk kepada sekurang-kurangnya melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit dalam seminggu, seperti berjalan pantas, aerobik air atau berbasikal di atas tanah rata; atau sekurang-kurangnya 75 minit aktiviti fizikal berintensiti tinggi seperti berlari-lari anak, berlari atau berenang.

Hasil tinjauan pada 2023 menunjukkan sumbangan terbesar kepada aktiviti fisikal adalah menerusi kegiatan berjalan setiap hari dan aktiviti fizikal riadah lain.

Kecenderungan penduduk mengalami masalah kesihatan mental pula merosot
daripada 17 peratus pada 2022, kepada 15 peratus pada 2023.

Lebih ramai penduduk juga bersikap terbuka untuk mendapatkan bantuan daripada pakar kesihatan mental.

Kadar penduduk yang mendapatkan vaksinasi turut meningkat.

Lebih ramai warga emas berusia 65 hingga 74 tahun mendapatkan vaksinasi pneumokokal.

Jumlahnya meningkat hampir dua kali ganda daripada sekitar 12 peratus pada 2017, kepada 35 peratus tahun lalu.
Sumber : CNA/NY/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan