Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lebih ramai penghibur jalanan di kawasan kejiranan dengan platform tempahan baru

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai penghibur jalanan di kawasan kejiranan dengan platform tempahan baru

Penghibur jalanan Norm dan Matt membuat persembahan di Kampung Admiralty pada 20 Ogos 2022. (Gambar: CNA/Chew Hui Min)

Diterbitkan : 11 Sep 2022 03:48PM Dikemas Kini : 11 Sep 2022 03:48PM
SINGAPURA: Lebih ramai penghibur jalanan dilihat semula di kawasan Orchard and tengah bandar - misalnya penghibur jalanan Jeff Ng di luar Cathay. Begitu juga di kawasan-kawasan kejiranan.

The ETC, kumpulan penghibur jalanan yang terdiri daripada Tristan Ong dan Joey Wee, sering melakukan persembahan di Hab AMK tetapi mereka kembali menghiburkan orang ramai di Changi Village. Persembahan mereka diterima baik oleh orang ramai, yang meluahkan rasa sedih atas penutupan pusat makanan tersebut buat seketika.

Encik Ong, 46 tahun, berkata bahawa beliau sudah cuba membuat persembahan di Orchard tetapi lebih cenderung kepada suasana kejiranan.

Menurut Encik Ong, para penonton di kawasan kejiranan lebih cenderung untuk memberi penghargaan yang lebih dan akan berhenti untuk mendengar sementara orang ramai di kawasan tengah bandar seringkali dalam keadaan kelam-kabut.

Para penghibur jalanan kini mempunyai lebih pilihan untuk membuat persembahan selepas pandemik. Ini menyusuli pelancaran portal tempahan bagi para penghibur jalanan oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC).

Portal tersebut yang sebelum ini dirintis semasa pandemik COVID-19, sudahpun kembali sepenuhnya secara online dengan penyambungan semula kegiatan penghibur jalanan.

Sebelum ini, setiap penghibur jalanan dibenarkan membuat persembahan di lima lokasi dan tiada cara untuk mereka membuat tempahan.

Penghibur jalanan Norman Mohd Yusof, yang sudah melakukan kegiatan tersebut selama 10 tahun, pernah mengalami situasi demikian. Beliau meninjau lokasi berpotensi untuk melakukan persembahan sebelum mengambil alat muziknya dari kereta beliau. Namun, lokasi tersebut malangnya boleh diambil orang lain dalam tempoh masa lima atau 10 minit beliau pergi untuk mendapatkan alat muziknya.

"Dengan sistem (tempahan online) ini, perkara sebegitu tidak akan berlaku", kata beliau. "Bagi saya, ia sangat adil kerana ia membenarkan anda berasa pasti sebelum anda ke tempat tersebut, bukan seperti sebelum ini."

Dengan sistem tempahan baru tersebut, beliau dan temannya Rahmat Daros dapat memastikan yang mereka mempunyai slot apabila menempah secara online.

Namun, sistem tempahan baru ini tidak menjamin yang mereka akan mendapat lokasi yang diinginkan kerana beberapa lokasi yang popular seringkali ditempah dengan segera. Bagi lokasi popular sebegitu, terdapat sistem pengundian. Ini termasuk lokasi sepanjang Orchard Road, di Paya Lebar Square dan di Ang Mo Kio.

PELBAGAI JENIS PERSEMBAHAN

Terdapat 300 penghibur jalanan yang didaftarkan dengan NAC, dan mereka perlu melalui uji bakat untuk menerima lesen bagi menjadi penghibur jalanan. Pada tahun-tahun sebelum ini, lima lokasi yang diperuntukkan bagi setiap penghibur jalanan akan dicetakkan di kad hiburan jalanan mereka.

Dengan khidmat tempahan online tersebut, mereka dapat memilih dari lebih 70 lokasi di merata Singapura.

"Terdapat lebih kepastian berhubung lokasi dan slot hiburan jalanan mereka," kata Cik Koh Jau Chern, penolong pengarah untuk akses dan penyertaan di NAC.

Sebelum ini, tanpa sistem tempahan, beberapa penghibur jalanan akan bertapak di satu lokasi sepanjang hari.

Perubahan ini dilakukan menyusuli maklum balas dari para penghibur jalanan mengenai cabaran-cabaran yang mereka hadapi, menurut Cik Koh. Platform tempahan baru tersebut membantu para penghibur jalanan untuk melakukan perancangan awal. Apatah lagi, perancangan bagi kegiatan mereka juga tertakluk pada cuaca.

Sejak pelancaran sistem baru tersebut, terdapat lebih kepelbagaian dalam persembahan yang dilakukan oleh para penghibur jalanan di lokasi yang popular dan seringkali mendapat ramai penonton, menurut NAC. Sebagai contoh, 25 penghibur jalanan membuat persembahan di Hab AMK pada Ogos, dengan hanya tinggal 7 peratus daripada slot tersebut tidak digunakan.
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa