Skip to main content

Gaya Hidup

Lebih 30 tempat letak kereta di Jurong East akan dijadikan reruai kesejahteraan pada 13 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 30 tempat letak kereta di Jurong East akan dijadikan reruai kesejahteraan pada 13 Sep

Para hadirin di edisi sebelum ini bagi acara Park(ing) Day. (Gambar: Design The Good Life)

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang mencari peluang untuk berehat dan bersantai boleh meluangkan masa di acara 'Park(ing) Day' pada 13 September ini.

Acara percuma itu akan menyaksikan lebih 30 tempat letak kereta di 322A Jurong East Street 31 bertukar menjadi reruai (booth) kesejahteraan, yang menawarkan pelbagai kegiatan seperti rendaman kaki herba, permainan nostalgia dan banyak lagi.

Acara tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan masyarakat dan akan berlangsung dari pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam, dengan kehadiran Anggota Parlimen SMC Jurong Central, Xie Yao Quan.
Antara reruai menarik yang boleh dinikmati termasuk 'Smoothies for Life', di mana minuman 'smoothie' dikisar dengan dikuasakan kayuhan basikal, serta 'KopiConnect', iaitu tempat pengunjung boleh bermain permainan nostalgia seperti batu seremban dan guli, serta membuat kuiz berkonsepkan kenangan sambil menikmati kudap-kudapan.

Walaupun tiada bayaran masuk dikenakan ke Park(ing) Day, para pengunjung tetap digalakkan untuk menempah slot melalui laman yang disediakan.

Acara itu dianjurkan oleh studio pembangunan belia dan masyarakat, Bold At Work, sebagai sebahagian daripada gerakan 'Design The Good Life' yang berlangsung sepanjang bulan.

'Park(ing) Day' turut mengajak para peserta membayangkan semula dan mereka bentuk gaya hidup yang lebih sihat - secara individu dan sebagai sebuah masyarakat.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita