Skip to main content

Gaya Hidup

Lebih 1,200 peminat hadiri konsert SG60 Lapangan Terbang Changi

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1,200 peminat hadiri konsert SG60 Lapangan Terbang Changi

Para peminat di Konsert 'Homecoming' SG60 di Lapangan Terbang Changi pada 1 Ogos 2025. (Gambar: Changi Airport Group)

Diterbitkan : 02 Aug 2025 03:28PM Dikemas Kini : 05 Aug 2025 11:02AM
SINGAPURA: Lebih 1,200 peminat dihiburkan dengan lagu-lagu nostalgia daripada penyanyi-penyanyi Singapura, lagu-lagu popular global serta pancaran lampu di Jewel Lapangan Terbang Changi pada Jumaat (1 Ogos).
Related article image
Ahli-ahli MADDspace Performing Arts Studio. (Gambar: Changi Airport Group)
Ahli-ahli MADDspace Performing Arts Studio memulakan persembahan dengan lagu Green Light oleh Stefanie Sun, Whenever oleh JJ Lin dan lagu Hari Kebangsaan bertajuk 'From Spark To Flame - Our Home, Our Singapore'.
Related article image
Kumpulan pop-rock SuperSonic. (Gambar: Changi Airport Group)
Para hadirin turut dihiburkan dengan lagu-lagu popular seperti 'It's My Life' oleh Bon Jovi, 'I Gotta Feeling' oleh The Black Eyed Peas dan 'Dancing Queen' oleh ABBA, yang dibawakan oleh kumpulan pop rock SuperSonic.

Kumpulan itu mengakhiri persembahan mereka dengan lagu tema Hari Kebangsaan 2015, 'Tomorrow's Here Today'.
Related article image
Regina Song. (Gambar: Changi Airport Group)
Personaliti sensasi TikTok Regina Song juga mempamerkan bakatnya menerusi persembahan lagu hitnya 'The Cutest Pair', lagunya 'High School Boy' dan 'You Belong With Me' oleh Taylor Swift.
 
Related article image
Sezairi Sezali. (Gambar: Changi Airport Group)
Pemenang musim ketiga Singapore Idol Sezairi Sezali turut menghiburkan penonton dengan persembahan balada lagu Hari Kebangsaan 2021nya, 'The Road Ahead'.

Beliau kemudian mendendangkan lagu-lagunya, 'Kata' dan 'It's You', yang mendapat tepukan gemuruh.
Related article image
The Freshman. (Gambar: Changi Airport Group)
The Freshman juga membawakan lagu mereka 'I'm Coming Home' dan 'Call Me (Not Maybe)', sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu 'The Voices Of Ordinary People' oleh Wu Jiaming, yang dibawakan dalam versi yang tersendiri.
Related article image
Kit Chan. (Gambar: Changi Airport Group)
Persembahan yang dinanti-nantikan oleh Kit Chan dimulakan dengan lagunya yang dikeluarkan pada 1996, 'Liking You'.

Beliau kemudian menyemarakkan lagi suasana dalam kalangan penonton apabila beliau menyanyikan lagu Hari Kebangsaan ikonik, 'Home', yang mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai.
Related article image
Stefanie Sun. (Gambar: Changi Airport Group)
Stefanie Sun membuat kemunculan semula di pentas Singapura dengan lagu-lagunya 'Against The Light' dan 'Encounter'.

Sorakan penonton menjadi semakin gemuruh apabila beliau mempersembahkan lagu Hari Kebangsaan 2002 nyanyiannya, 'We Will Get There', mengakhiri konsert dengan penuh bersemangat.
Related article image
Air terjun Vortex Jewel. (Gambar: Changi Airport Group)
Di akhir konsert, peminat juga mendapat satu lagi kejutan apabila Air Terjun Vortex Jewel memulakan persembahan sempena Hari Kebangsaan, yang turut memaparkan pancaran cahaya simbol-simbol Singapura.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita