Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Lazada buka kedai 'pop-up' pertama seumpamanya di Orchard Road

Anda ada rancangan untuk membeli-belah sambil menikmati lampu Krismas di Orchard Road pada hujung minggu ini?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anda ada rancangan untuk membeli-belah sambil menikmati lampu Krismas di Orchard Road pada hujung minggu ini?

Pastikan anda tidak terlepas untuk mengunjungi kedai 'pop-up' pertama Lazada Singapore di Orchard Road, yang menampilkan platform khusus Lazada iaitu LazMall dan LazMall Prestige.

Kedai 'pop-up' Lazada itu terletak di hadapan Ngee Ann City dan ia dibuka mulai Rabu (1 Dis) hingga 2 Januari.

Pelbagai set hadiah eksklusif Lazada boleh diperolehi di kedai pameran itu, termasuk produk-produk kecantikan berjenama Estee Lauder dan Lancome serta jenama kopi Bacha Coffee.

(Gambar: Lazada Singapore)

(Gambar: Lazada Singapore)

Jika anda berhasrat membuat banyak pembelian dan tidak menang tangan untuk membawa kesemuanya pulang, anda boleh mengimbas kod QR di kedai itu dan mengatur bagi penghantaran ke alamat pilihan.

Selain itu, kedai tersebut turut menampilkan satu sudut untuk membalut hadiah yang dibeli dan menulis nota kepada orang-orang tersayang - lengkap dengan kad, reben dan pen penanda.

Jika anda kurang mahir dalam bab membalut hadiah sendiri, anda boleh ikuti bengkel-bengkel yang diadakan setiap hari Jumaat hingga Ahad dari pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang untuk mencungkil tips membungkus hadiah.

Setelah puas membeli-belah, jangan lupa untuk memetik gambar kenangan di sudut bergambar bagi Instagram dan Tik Tok!

Kedai 'pop-up' Lazada itu dibuka setiap hari hingga 2 Januari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan