Latihan bertahap lebih berkesan turunkan berat badan
Senaman-senaman yang menggabungkan pelbagai pergerakan intensif diselang-seli dengan tempoh rehat yang singkat mungkin boleh membantu untuk mengurangkan lebih berat badan berbanding senaman bersifat tetap misalnya menggunakan mesin treadmill atau basikal senaman, menurut satu penilaian kajian.
Gambar hiasan. (Gambar: Joyee Koo)
LONDON: Senaman-senaman yang menggabungkan pelbagai pergerakan intensif diselang-seli dengan tempoh rehat yang singkat mungkin boleh membantu untuk mengurangkan lebih berat badan berbanding senaman bersifat tetap misalnya menggunakan mesin treadmill atau basikal senaman, menurut satu penilaian kajian.
Para doktor sering menasihati orang ramai yang ingin mengurangkan berat badan supaya menumpukan kepada usaha mengurangkan kalori dan gaya hidup lebih aktif. Bagaimanapun jenis dan kekerapan senaman paling ideal bagi mengurangkan berat badan secara berkesan tidak jelas. Demikian menurut para pengkaji dalam Jurnal Perubatan Sukan Britain.
Bagi analisis terkini, para pengkaji meneliti data daripada 41 kajian berskala lebih kecil yang membandingkan hasil pengurangan berat badan selepas sekurang-kurangnya empat minggu latihan secara bertahap atau program senaman sederhana berterusan, seperti berlari-lari anak, berbasikal atau berjalan pada kelajuan yang tetap.
Kedua-dua kaum lelaki dan wanita mengurangkan berat dan lemak badan menerusi kedua-dua jenis latihan senaman tersebut tidak kira berat badan sebelumnya.
Bagaimanapun, latihan secara bertahap mengurangkan purata berat badan 1.58 kilogram berbanding 1.13 kilogram dengan senaman sederhana berterusan.
"Mengurangkan berat badan bukan sahaja tentang berapa banyak kalori yang anda bakar semasa bersenam, tetapi ia juga mengenai bagaimana tubuh anda memberi reaksi selepas senaman," kata penulis kanan kanan Paulo Gentil dari Universiti Federal Golas di Brazil.
"Kami mendapati bahawa latihan secara bertahap boleh membakar lebih banyak lemak badan dan latihan pecut secara bertahap mungkin amat berkesan dalam hal ini," menurut Encik Gentil menerusi kiriman emel.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.