Lari jarak pendek juga ada manfaat kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Pexels
SINGAPURA: Berlari adalah di antara senaman paling popular. Ia mungkin di antara salah satu senaman yang sihat.
Sejumlah kajian jangka panjang menunjukkan bahawa berlari memberi manfaat fizikal dan mental.
Kajian juga mendapati bahawa mereka yang berlari hidup lebih lama dan mempunyai risiko lebih rendah terkena penyakit kardiovaskular dan barah berbanding mereka yang tidak berlari.
Terdapat bukti kukuh yang mengaitkan senaman berlari, meskipun untuk masa yang singkat dan dilakukan sekali-sekala, dengan manfaat kesihatan yang ketara. Terutama kepada umur yang panjang dan kesihatan mental.
KENAPA BERLARI UNTUK MASA YANG SINGKAT BERI MANFAAT
Sepanjang sedekad lalu, Dr. James H O’Keefe, pengarah pencegah kardiologi di Institusi Jantung St Luke Mid Amerika di Kansas City, Missouri, sudah menerbitkan kajian tentang senaman berlari bagi kesihatan dan umur yang panjang.
Dalam salah satu kajian tersebut, beliau dan rakan sekerjanya menganalisis data kesihatan dan senaman jangka panjang yang dikumpul dari kira-kira 5,000 orang dewasa Eropah berusia antara 20 dengan 92 tahun.
Ketika dibandingkan dengan mereka yang tidak berlari, mereka yang berlari antara satu dan 2.4 jam setiap minggu dengan kelajuan yang perlahan atau sederhana hidup lebih lama.
Lebih dari mereka yang berlari lebih jauh dari mereka, dengan kadar lebih laju.
MANFAAT BUAT KESIHATAN MENTAL
Satu kajian penyelidikan mengenai senaman dan kemurungan yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa golongan dewasa yang melakukan kegiatan fizikial selama 2.5 jam yang digalakkan setiap minggu, mempunyai 25 peratus risiko lebih rendah menghidapi kemurungan berbanding mereka yang tidak bersenam langsung.
Namun begitu, mereka yang melakukan separuh daripada 2.5 jam yang digalakkan, masih mempunyai 18 peratus risiko lebih rendah menghidapi kemurungan berbanding mereka yang tidak bersenam.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.