Skip to main content

Gaya Hidup

Larangan telefon bijak di sekolah Belanda tingkatkan tumpuan pelajar: Kajian

Anggaran Waktu Membaca:
Larangan telefon bijak di sekolah Belanda tingkatkan tumpuan pelajar: Kajian
Telefon mudah alih dan tablet di telko Orange di Bordeaux, barat daya Perancis pada 3 Julai 2015. (Gambar Fail: REUTERS/Regis Duvignau)
Diterbitkan : 06 Jul 2025 09:11PM Dikemas Kini : 06 Jul 2025 09:12PM
AMSTERDAM: Pengharaman telefon mudah alih dan peranti elektronik lain di sekolah Belanda meningkatkan tumpuan dalam kalangan pelajar.

Demikian hasil kajian yang dijalankan oleh kerajaan Belanda.

Tiga perempat daripada 317 sekolah menengah yang ditinjau melaporkan bahawa larangan itu mempunyai kesan positif kepada tumpuan pelajar.

Selain itu, hampir dua pertiga melaporkan pergaulan lebih mesra di sekolah masing-masing, manakala satu pertiga meraih prestasi akademik yang lebih baik dalam kalangan pelajar.

"Ketiadaan telefon bimbit di bilik darjah memberi kesan positif yang mengagumkan.

"Amat baik sekali sekiranya sekolah-sekolah mengambil tindakan untuk menangani perkara ini," kata Setiausaha Negara bagi Pendidikan Rendah dan Menengah Marielle Paul.

Larangan itu dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2024, dan juga dikuatkuasakan ke atas sekolah-sekolah rendah.

Lazimnya, pelajar hanya mula membawa telefon ke sekolah pada tahun-tahun akhir sekolah rendah dan tinjauan, yang dikeluarkan lewat Khamis, mendapati kesannya adalah minimum.

Kebanyakan sekolah membenarkan pengecualian bagi peranti yang diperlukan untuk sokongan perubatan, seperti alat bantuan pendengaran yang disambungkan ke peranti mudah alih.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita