LAPORAN BERGAMBAR: Sambutan Tahun Baru di merata dunia
Sambutan Tahun Baru jelas bukan sahaja dinanti-nantikan di Singapura, tetapi juga di seluruh dunia.
SINGAPURA: Selamat Tahun Baru 2022! Meskipun sambutan Tahun Baru di Singapura tidak diadakan secara besar-besaran, keseronokan menonton bunga api di kawasan-kawasan kejiranan tetap dirasai.
Malah, antara kejiranan yang bermandikan cahaya bunga api pada tengah malam tadi termasuk Commonwealth, Sembawang, Boon Lay, Hougang, Woodlands, Bedok dan Tampines.
Bahkan sambutan Tahun Baru jelas bukan sahaja dinanti-nantikan di Singapura, tetapi juga di seluruh dunia.
BERITAmediacorp membawakan laporan bergambar ini bagi tatapan anda.
SINGAPURA
Muzium ArtScience di Singapura dengan ucapan Selamat Tahun Baru 2022. (Gambar: Marina Bay Singapore)
Pertunjukan bunga api dari salah satu kejiranan di Singapura. (Gambar: Wong Teck Hong/Facebook)
SYDNEY, AUSTRALIA
Keindahan bunga api di Jambatan Pelabuhan Sydney. (Gambar: DAVID GRAY / AFP)
BANGKOK, THAILAND
Pertunjukan bunga api bagi menyambut Tahun Baru di Sungai Chao Phraya di Bangkok, Thailand. (Gambar: Lillian SUWANRUMPHA / AFP)
ATHENS, GREECE
Bunga api di Pathenon yang terletak di bukit Acropolis semasa sambutan Tahun Baru. (Gambar: LOUISA GOULIAMAKI / AFP)
ISTANBUL, TURKI
Bunga api menghiasi malam di Ortakoy square bersebelahan Jambatan Bosphorus di Istanbul, Turki. (Gambar: Emrah Gurel/AP)
MOSCOW, RUSIA
Percikan bunga api di St. Basil's Cathedral dan the Kremlin dengan Menara Soasskaya tanpa kehadiran orang ramai dek sekatan pandemik. (Gambar: ALexander Zemlianichenko Jr/AP)
BERLIN, JERMAN
Orang ramai berhimpun di Unter den Linden berhampiran Brandenburg Gate di Berlin, Jerman. (Gambar: Markus Schreiber/AP)
RIO DE JANEIRO, BRAZIL
Pertunjukan bunga api di pantai Copacabana di Rio de Janeiro, Brazil. (Gambar: DANIEL RAMALHO / AFP)
DUBAI, UAE
Bunga api berhampiran bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, di Dubai, Amiriah Arab Bersatu.(Gambar: STRINGER / AFP)
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.