Lapangan Terbang Changi pamer patung gergasi Marvel, permainan papan besar sempena cuti sekolah Jun

(Gambar: Changi Airport Group)
Lapangan Terbang Changi sedang mengadakan pelbagai pameran gergasi di Jewel Lapangan Terbang Changi dan Terminal 3, jadi keluarga anda tidak perlu berbelanja berlebih untuk berseronok pada musim cuti ini.

'AVENGERS: BEYOND EARTH'S MIGHTIEST AT JEWEL'
Peminat Marvel pasti ingin ke Jewel buat acara 'Avengers: Beyond Earth's Mightiest At Jewel" yang mempamerkan patung-patung gergasi dan pameran interaktif.
Acara tersebut akan berlangsung sehingga 13 Ogos.
Malah inilah peluang bagi anak-anak bergambar bersama patung Iron Man setinggi lima meter di pintu masuk Shiseido Forest Valley di Jewel, dan cuba mengangkat penukul Thor, Mjolnir, yang berdiri megah setinggi tiga setengah meter.

Pameran interaktif yang turut disediakan di tengah-tengah kehijauan Jewel juga menampilkan Hulk, Doctor Strange dan watak-watak lain Avengers.
Misalnya, anda boleh menonjolkan bakat anda sebagai 'Sorcerer Surpreme' dengan menggunakan kipas holografik.

Anda juga akan berasa kagum melihat patung bersaiz sebenar Captain America dan Black Panther semasa anda berjalan-jalan di Canopy Park.
Harga tiket ke Canopy Park adalah S$6.
Bagi menamatkan pengalaman anda dengan cara lebih seronok, anda tidak perlu menunggu adegan pascakredit.
Anda boleh terus ke Rain Vortex HSBC untuk menyaksikan persembahan Lampu dan Bunyi yang diinspirasikan oleh Marvel, yang berlangsung pada pukul 8.00 malam pada hari-hari biasa dan pada pukul 8.00 malam dan 10.00 malam pada hujung minggu.
DEWAN PERMAINAN OLEH HASBRO GAMING

Jika anda lebih gemar dengan aspek permainan papan yang lebih mudah, Terminal 3 (T3) adalah destinasi seterusnya buat anda.
Mulai sekarang hingga 16 Julai, Hasbro Gaming mengubah dewan keberangkatan T3 kepada Dewan Permainan, dengan menyediakan versi "fizital" (fizikal dan digital) yang besar seperti permainan klasik 'Hungry Hungry Hippos' dan Twister.
Ia beroperasi dari pukul 5.30 petang hingga 9.30 malam pada Jumaat, dan dari 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam pada hujung minggu.

Juga disediakan adalah versi permainan Hungry Hungry Hippos, Guess Who? dan Conenct 4 yang menyeronokkan.
Kebanyakan permainan tersebut memerlukan Pas Pemain yang berharga S$5 setiap satu dan boleh dibeli melalui aplikasi Changi App.
Sebagai alternatif, para pengunjung boleh mendapatkan Pas Pemain percuma dengan pembelian sebanyak S$50 (S$80 bagi pembelian di pasar raya), dalam satu resit di kawasan awam terminal-terminal Lapangan Terbang Changi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.