Skip to main content

Gaya Hidup

Lantai berminyak, sinki tersumbat: Sejauh manakah tandas awam di pusat penjaja dan kedai kopi SG bersih?

Anggaran Waktu Membaca:
 Lantai berminyak, sinki tersumbat: Sejauh manakah tandas awam di pusat penjaja dan kedai kopi SG bersih?

Gambar fail lantai yang basah di tandas awam. (Gambar: iStock/Prompilove)

SINGAPURA: Satu kajian oleh Universiti Pengurusan Singapura (SMU) mendapati tahap kebersihan tandas awam di Singapura masih jauh lagi daripada tahap yang memuaskan.

Tinjauan ke atas lebih 1,000 tandas yang terletak di kedai kopi dan pusat penjaja menunjukkan kebanyakan kemudahan itu sama kotor seperti tiga tahun lalu.

Kajian Waterloo itu susulan kepada tinjauan terdahulu yang dilakukan pada 2016 dan 2020. Ia mendapati bahawa tandas awam paling bersih adalah di Marina South, manakala yang paling kotor terletak di Pioneer, Ubi dan di sepanjang Sungai Singapura.

PENGUDARAAN KURANG BAIK, LANTAI KOTOR , SINGKI TERSUMBAT

"Kami mengkaji tandas di pusat penjaja dan kedai kopi, dan kami mendapati ia sebahagian besarnya berada dalam keadaan menyedihkan, terutamanya tandas di kedai kopi," kata pensyarah utama statistik SMU Rosie Ching, yang memimpin kajian itu.

Kajian tandas awam di seluruh negara itu mendapati kemudahan tandas kurang diberi perhatian dan sering diperuntukkan ruang yang kecil, gelap dan pengudaraan yang buruk dengan lantai kotor, basah dan berminyak, katanya kepada Mediacorp.

Kertas tandas pula tidak mencukupi, singki tersumbat, paip dan cermin kotor serta tempat duduk "mengerikan" dengan kesan tapak kaki turut diilihat.

"Anda juga akan menemui 'benda' di dalam mangkuk tandas yang sepatutnya sudah dibersihkan," tambah Cik Ching.

Tinjauan itu dijalankan antara Ogos dengan September tahun ini oleh Cik Ching dan 170 mahasiswa.

Seramai 9,411 orang terdiri daripada 460 pekerja dan 8,951 pelanggan ditemu bual.

PENGUATKUASAAN HURAIANNYA?

Kajian itu mendapati keadaan tandas awam di kedai kopi adalah sama kotor seperti pada 2020, manakala tandas di pusat penjaja menunjukkan sedikit peningkatan.

Aktivis tandas Singapura, Jack Sim, yang turut ditemu bual, percaya tandas di kedai kopi boleh berada pada tahap yang bersih dan diselenggara dengan baik seperti di pusat beli-belah.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada penguatkuasaan, supaya pemilik kedai kopi lebih bermotivasi untuk menyenggara dan membaiki tandas mereka.

“Pengguna di pusat beli-belah dan kedai kopi adalah sama. Yang beza ialah pemiliknya,” kata Encik Sim, pengasas Pertubuhan Tandas Sedunia.

“Jika (tandas di) pusat beli-belah boleh bersih, ini kerana pemilik melihatnya sebagai satu jenis penjanaan pendapatan dan mereka bertanggungjawab.”

Ramai pemilik kedai kopi sebaliknya berpendapat mereka boleh menjimatkan wang dan air jika tiada sesiapa menggunakannya, kata Enci k Sim sambil menambah denda perlu dikenakan kepada pemilik premis yang mempunyai tandas kotor.

"Jadi saya rasa sikap ini hanya boleh diatasi dengan penguatkuasaan pemerintah," katanya.
 
Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita