Laman dan aplikasi CNA kini berwajah baharu
Laman CNA kini berwajah baharu, dengan pengalaman yang lebih baik bagi pembaca.
Halaman utama yang lebih kemas membolehkan anda menyusun bahagian-bahagian yang menjadi pilihan anda, sekali gus memudahkan pencarian kandungan yang diingini. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
- Fon baharu CNA mempunyai bentuk huruf yang lebih jelas, jarak lebih luas dan reka bentuk aksara yang lebih ketara.
- Bagi pengguna aplikasi CNA, anda kini boleh menyesuaikan paparan laman utama mengikut citarasa anda.
- Podcast CNA kini boleh diakses dengan lebih mudah dari laman utama CNA, dengan pengalaman mendengar yang lebih baik.
- Ketua editor digital CNA, Encik Loh Chee Kong, berkata: "Memandangkan keadaan dunia kini tidak menentu, wujud keperluan besar untuk agensi berita global membantu khalayak ramai mengikuti perkembangan terkini dan menghubungkan isu-isu."
Perkara pertama yang mungkin anda lihat adalah penggunaan fon baharu, Delegate, di semua laman CNA, termasuk Lifestyle dan CNA TODAY. Fon rekaan pereka tipografi berpangkalan di Mumbai itu diperkenalkan bagi menjadikannya mudah untuk dibaca oleh semua golongan, termasuk pembaca yang mengalami disleksia.
Fon baharu itu mempunyai bentuk huruf yang lebih jelas, jarak lebih luas dan reka bentuk aksara yang lebih ketara.
Perubahan tersebut mencerminkan komitmen CNA untuk menjadikannya mudah diakses, bagi memastikan lebih ramai dapat menikmati kandungan yang disediakan dengan selesa.
2. Laman utama yang boleh disesuaikan
Bagi pengguna aplikasi CNA (muat turun di sini jika anda belum memilikinya), anda kini boleh menyesuaikan paparan laman utama mengikut citarasa anda.
Pastikan anda mengemas kini aplikasi kepada versi terkini melalui gedung aplikasi peranti anda, jika anda belum berbuat demikian.
Dengan kemas kini tersebut, anda boleh menyusun semula bahagian-bahagian kegemaran anda seperti CNA TODAY, Lifestyle, podcast dan komentar, serta format kandungan baharu CNA, pada halaman utama, mengikut keutamaan anda.
Anda boleh berbuat demikian dengan menekan "Customise" pada paparan pemberitahuan yang muncul selepas aplikasi dikemas kini.
3. 'Shorts' dan 'Visual Stories'
4. Pengalaman mendengar podcast yang diperbaharui
5. Kemas kini FAST untuk mereka yang sibuk
Jika anda meminati ringkasan berita di FAST, anda akan mendapati bahawa butang khas FAST kini kekal di baris bawah skrin aplikasi – bagi mereka yang menggunakan aplikasi.
Tekan sahaja butang tersebut untuk mengakses pengalaman FAST dari mana-mana rencana yang sedang anda baca, atau dari laman utama untuk melihat semua ringkasan berita utama yang dikumpulkan.
6. Navigasi yang dipertingkatkan
Jika anda melayari laman CNA dari komputer, satu menu baharu yang dinamakan ‘ALL' memudahkan anda meneroka kandungan dari pelbagai bahagian sudah ditambahkan, termasuk TODAY, 'Lifestyle', 'Luxury' atau bahagian berita utama CNA.
Bagi aplikasi pula, CNA sudah menyusun semula menu agar anda boleh mengakses bahagian-bahagian penting dengan lebih mudah.
Ketua editor digital CNA, Encik Loh Chee Kong, berkata: "Memandangkan keadaan dunia kini tidak menentu, wujud keperluan besar untuk agensi berita global membantu khalayak ramai mengikuti perkembangan terkini dan menghubungkan isu-isu.
"Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi terlalu banyak dan orang ramai memerlukan kawalan yang lebih besar terhadap apa yang mereka gunakan dan bagaimana mereka menggunakannya.
"Sebagai respons kepada maklum balas para pengguna dan tinjauan, kami mengubah suai laman dan aplikasi mudah alih CNA untuk memenuhi trend yang lebih disukai ramai, bukan sahaja untuk membaca tetapi menonton dan mendengar pelbagai jenis kandungan.
"Pengguna boleh menyesuaikan laman utama aplikasi supaya mereka boleh melihat jenis kandungan kegemaran mereka dengan mudah.
"Ia juga akan lebih mudah untuk mencari ringkasan rencana berita, podcast, video pendek dan dokumentari CNA yang memenangi anugerah.
"Terdapat banyak ciri baharu yang lain juga. Bersama dengan kewartawanan CNA yang dipercayai dan bermutu tinggi dalam memahami Asia, pengubahsuaian laman dan aplikasi akan meningkatkan pengalaman penggunaan berita untuk audiens kami, di mana jua anda berada di dunia."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.