Kurung denim eksklusif untuk jejaka
Anggaran Waktu Membaca:

Armand R. perkenalkan baju Melayu denim eksklusif untuk jejaka.
SINGAPURA: Fabrik denim lasak dan versatil. Tidak hairanlah jika denim sudah melalui pelbagai evolusi dan berjaya menarik perhatian ramai tidak kira usia dan jantina sejak bertahun lama. Dari baju, seluar, beg, skirt dan banyak lagi, denim mempunyai kegunaan dan keistimewaan yang tersendiri dan gayanya tidak akan pudar. Malah, ia akan terus berkembang mengikut inovasi dan rekaan masa kini.
Menyentuh tentang fesyen, denim kekal unik dan dapat memberikan gaya yang berbeza-beza. Tidak terhad pada rekaan moden seperti seluar jeans, kemeja, skirt, dress dan sebagainya. Fabrik denim ternyata mempunyai keunikan yang tersendiri.
Lantas, apabila fabrik ini digunakan untuk rekaan baju kurung, hasilnya berbeza dari baju kurung yang biasa-biasa. Apa yang lebih menarik, denim kurung ini bukan sahaja elok digayakan pada musim lebaran, tapi juga pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Antaranya, untuk ke majlis keramaian, undangan persandingan, acara Istimewa dan sebagainya. Inilah yang telah mendorong Encik Armand R. untuk memperkenalkan kurung denim eksklusif yang ditempah khas mengikut saiz dan potongan tubuh si pemakai.
Minat dengan fesyen dan gaya, Encik Armand akan memastikan denim kurung yang ditempah khas oleh pelanggan menepati citarasa mereka dan yang penting mengikut potongan dan saiz tubuh masing-masing.

VERSATIL, UNIK
Selalunya denim digunakan untuk rekaan seluar dan jaket. Tapi, jarang sekali ia digunakan untuk membuat baju tradisional. Inilah antara faktor yang telah mendorong Encik Armand, untuk memperkenalkan baju Melayu denim. Menurutnya, buat masa ini tempahan hanya tertumpu untuk golongan lelaki sahaja.
Kata Encik Armand, selalunya kaum lelaki tidak mempunyai banyak pilihan apabila ingin membeli-belah baju Melayu jika dibandingkan dengan kaum wanita. Tapi, ia tidak bermakna mereka tidak boleh tampil segak bergaya semasa menghadiri majlis atau acara tertentu.
Lantas, tercetuslah ideanya untuk memperkenalkan sesuatu yang berbeza, baju kurung denim ditempah khas. “Selalunya fabrik denim digunakan untuk menghasilkan jaket atau seluar jeans. Tapi, denim juga boleh dijadikan baju Melayu tradisional,” kata Encik Armand yang cenderung dan minat dengan fesyen.

Menurutnya lagi, setiap baju Melayu denim ini akan dijahit mengikut keselesaan tubuh si pemakai. Pilihan fabrik denim yang ditawarkan pula tampil dalam pelbagai pilihan rona dan tekstur, termasuk butang bajunya. Lantas, setiap baju denim ini mempunyai ciri-ciri isitmewa dan eksklusif.
Bapa kepada seorang anak perempuan dewasa ini turut berkongsi, idea untuk memperkenalkan baju Melayu denim ini tercetus kerana beliau perhatikant, anak-anak muda zaman ini kurang minat untuk bergaya dengan baju kurung pada hari-hari biasa atau apabila ke majlis keramaian.
“Denim merupakan gaya sepanjang masa atau evergreen dan ia sesuai digayakan secara tersendiri mengikut citarasa setiap individu. Ia sangat Istimewa dan unik.”
“Tidak kira sama ada pilihan rona denim gelap atau pudar, ia merupakan pilihan masing-masing. Yang pasti ia mudah untuk dipadankan dan gayanya tidak terhad. Tidak kira usia, sesiapa yang menggayakan baju Melayu denim bebas bereksperimentasi dan menggayakan mengikut citarasa yang tersendiri. Apapun gayanya, mereka akan tetap tampil menarik dan pastinya unik,” kata Encik Armand.

TEMPAH IKUT UKURAN
Berbeza dengan baju kurung yang sedia ada di pasaran, kurung denim ini dijahit mengikut ukuran saiz tubuh masing-masing. Ia pastinya lebih selesa dan terletak apabila digayakan.
Menurut Encik Armand lagi, apa yang membuatnya lebih menarik, denim kurung ini versatil dan boleh digayakan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Si pemakai juga mempunyai fleksibiliti untuk memadankannya dengan seluar pilihan mengikut citarasa mereka.
Setiap rekaan mempunyai kocek di bahagian depan di mana ia dijahit mirip seperti kocek seluar jeans. Menarik jahitan pada koceknya juga dilengkapi dengan butang jenis rivet. Dari segi pilihan fabrik pula, terdapat pelbagai pilihan denim, semuanya mengikut citarasa setiap individu.
Anda juga tidak perlu risau tentang potongan kurung denim ini kerana ia akan dijahit mengikut ukuran tubuh anda. Yang pasti anda akan tampil rapi dan segak bila menggayakannya. Labuh baju dan lengan juga mengikut potongan tubuh anda. Dengan demikian, ia akan membuat si pemakai rasa selesa bila menggayakannya. Dan, yang penting memberikan gaya yang luar biasa!
Bagi yang berminat untuk membuat tempahan atau inginkan keterangan lanjut tentang baju kurung denim ini, layari lelaman https://denimkurongcustom.com/ atau hubungi Encik Armand melalui e-mel: denimkurongcustom [at] gmail.com

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.