Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kurangkan tiga jenis makanan ini untuk cegah barah prostat

Barah prostat merupakan antara barah pembunuh utama dalam kalangan lelaki. Namun jika dikesan lebih awal ia dapat dirawat dan peluang untuk sembuh adalah sangat tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kurangkan tiga jenis makanan ini untuk cegah barah prostat

(Gambar hiasan: Mali Maeder/Pexels)

Diterbitkan : 16 Nov 2021 07:05PM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 07:22PM

KUALA LUMPUR: Barah prostat merupakan antara barah pembunuh utama dalam kalangan lelaki. Namun jika dikesan lebih awal ia dapat dirawat dan peluang untuk sembuh adalah sangat tinggi.

Demikian menurut laporan AstroAWANI yang menukil lelaman healthline.com.

Punca sebenar bagaimana barah berlaku masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan saintis walaupun terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi puncanya.

Salah satu faktor yang boleh menjadi penyumbang kepada barah prostat adalah jenis makanan yang dimakan.

Barah prostat juga dipercayai boleh dicegah dengan mengawal pemakanan dan pengambilan beberapa jenis makanan yang boleh menjadi penyebab barah prostat. Di bawah beberapa jenis makanan yang perlu anda kawal pengambilannya.

DAGING MERAH DAN DAGING PROSES

Amalan diet harian yang tinggi dengan pengambilan daging merah terutamanya yang dimasak lama boleh menjadi penyebab peningkatan risiko penyakit barah prostat. Ia berikutan kandungan heterosilik amino (HCA) yang boleh menjadi pencetus kepada perkembangan sel barah.

HCA juga sudah dikaitkan sebagai faktor menyebabkan berkembangnya beberapa jenis barah, lapor AstroAWANI.

Ia merupakan entiti yang terhasil apabila daging merah dimasak pada suhu yang tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mencadangkan bahawa pengambilan daging merah dan daging proses mungkin menjadi penyebab bertambahnya risiko barah prostat.

PRODUK TENUSU

Pengambilan prosuk tenusu yang banyak juga boleh meningkatkan terhadap risiko terjadinya barah prostat.

Menurut sebuah jurnal dan kajian yang diterbitkan menerusi Journal of Nutrition, jika seseorang mengambil produk tenusu setiap hari, ia boleh mencetus kepada perkembangan barah prostat.

Susu skim dan rendah lemak juga boleh menjadi punca kepada risiko tahap rendah barah tersebut. Oleh sebab itu, cuba kurangkan pengambilan produk tenusu.

Jika boleh, pilih susu daripada jenis rendah lemak atau bebas lemak.

LEMAK TEPU

Makanan yang mengandungi lemak tepu ini bukan sahaja meningkatkan risiko barah prostat malah ia juga tidak elok untuk kesihatan jantung, menurut laporan AstroAWANI lagi.

Terdapat kajian mendapati ia boleh menjadi ‘pencetus’ kepada barah jenis ini walaupun kajian tersebut tidaklah menyeluruh.
Namun jika boleh, kawal pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dalam menu harian anda.

Di antara makanan yang dikenali mengandungi lemak tepu adalah daging, produk tenusu, 'salad dressing', makanan yang dibakar dan makanan yang diproses.

Sebaliknya selang-selikan diet anda dengan makanan sihat yang 'monosaturated' dan politaktepu atau 'polyunsaturated' seperti ikan, avokado, kekacang, minyak zaitun dan bijirin.

Segera berjumpa doktor jika anda alami beberapa simptom merisaukan seperti berikut:

  1. Kesukaran membuang air kecil
  2. Terdapat darah dalam semen
  3. Mati pucuk
  4. Sakit belakang dan tulang pelvik 
Sumber : Agensi berita/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan