Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kucing ini diiktiraf sebagai baka kucing asli dari Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Kucing ini diiktiraf sebagai baka kucing asli dari Indonesia

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 18 Nov 2022 08:42PM Dikemas Kini : 18 Nov 2022 09:00PM
JAKARTA: Kucing Busok menerima pengiktirafan global sebagai baka asli Madura, Jawa Timur oleh Persekutuan Kucing Sedunia (WCF), iaitu sebuah persatuan antarabangsa bagi kelab kucing, pada 10 November lalu.

Usaha untuk memperoleh pengiktirafan sebagai baka kucing asli Indonesia telah dilakukan sejak 2008, menurut Slamet Raharjo, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Gadjah Mada (FKH UGM).

Menurut Encik Slamet, kucing Busok berasal dari Pulau Raas, yang terletak di timur kepulauan Madura. Para penduduk tempatan percaya setiap kapal yang cuba membawa kucing Busok keluar dari pulau itu akan tenggelam.

Atas sebab itu, baka kucing berkenaan kekal di kawasan pulau tersebut dan terpencil berabad lamanya.

Akibatnya, pembiakan baka domestik tidak dapat dielakkan.

"Hasilnya, kucing Busok adalah homogen atau serupa dalam penampilan fizikalnya (fenotip) dan juga secara genetik (genotip)," kata Encik Slamet.

Kucing Busok mempunyai ciri tersendiri pada bulu dan ekornya berbanding kucing lain di Indonesia.

Ia berwarna kelabu kebiruan, yang mirip dengan Russian blue breed dan British shorthair. Tekstur bulu kucing Busok juga lebih tebal daripada kucing domestik lain di Indonesia.

Ia juga mempunyai ekor pendek dikenali sebagai bobtail.

Ekspresi wajahnya pula menyerupai harimau bintang atau kucing liar. Bahagian atas mukanya berbentuk seakan segi empat tepat, dengan dagu sedikit dan telinga runcing.
 
Sumber : Agensi berita/AW/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan