Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kucing 'hero' patahkan percubaan merompak di AS

Anggaran Waktu Membaca:
Kucing 'hero' patahkan percubaan merompak di AS

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 05 Aug 2022 08:08PM Dikemas Kini : 05 Aug 2022 08:08PM
MISSISSIPPI: Siapa kata kucing tidak boleh berperanan untuk menjaga keselamatan?

Seorang lelaki di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) mengangkat kucing peliharaannya sebagai wira apabila membantu menghalang rumah dirompak, malah mungkin juga sudah menyelamatkan nyawanya, lapor Astro AWANI menukil rencana daripada Northeast Mississippi Daily Journal.

Bandit, seekor kucing seberat 9.1 kilogram, tinggal bersama pemiliknya, Fred Everitt di pinggir bandar Tupelo di Belden.

Semasa dua lelaki cuba menceroboh rumah mereka minggu lalu, si comel itu melakukan segala yang termampu untuk memaklumkan Encik Everitt tentang bahaya yang menanti, lapor Astro AWANI.

"Anda mendengar tentang anjing pengawal, tetapi kali ini kucing pengawal pula," kata beliau.

Cubaan rompakan berlaku di antara pukul 2.30 pagi dan 3.00 pagi pada 25 Julai, kata Encik Everitt.

Beliau pada mulanya, beliau dikejutkan oleh bunyi Bandit mengiau di dapur.

Kucing Calico itu kemudiannya berlari masuk ke dalam bilik tidur, melompat ke atas katil sebelum menarik selimut dan mencakar lengannya, lapor Astro AWANI.

Ketika itu, Encik Everitt tahu ada sesuatu yang tidak kena kerana ia bukan sikap kebiasaan Bandit, yang diambil sebagai peliharaan dari pusat perlindungan empat tahun lalu.

Encik Everitt bangun untuk menyiasat dan melihat dua lelaki berada di luar pintu belakangnya. Seorang mempunyai pistol dan seorang lagi sedang cuba membuka pintu.

Pesara berusia 68 tahun itu kemudian ke dapur untuk mengambil pistolnya, namun apabila dia kembali, penceroboh sudah melarikan diri.

Encik Everitt memaklumkan beliau tidak menghubungi polis untuk membuat laporan tentang kejadian itu.

"Keadaan mungkin menjadi buruk jika Bandit tidak mengejutkan saya dari tidur," kata Encik Everitt.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa