Skip to main content

Gaya Hidup

Kranji, Bedok dan Telok Blangah jadi tumpuan edisi dwiabad Pesta Warisan S'pura tahun ini

Anda gemar menaiki bas dan meninjau-ninjau kawasan ladang di Kranji? Ayuh, menyaksikan pula pertunjukan pentas atau menonton persembahan muzikal mengenai para penjaja Pusat Penjaja Bedok?

Anggaran Waktu Membaca:
Kranji, Bedok dan Telok Blangah jadi tumpuan edisi dwiabad Pesta Warisan S'pura tahun ini

Gambar fail paya Kranji.

Diterbitkan : 04 Mar 2019 05:19PM Dikemas Kini : 04 Mar 2019 05:21PM

SINGAPURA: Anda gemar menaiki bas dan meninjau-ninjau kawasan ladang di Kranji? Ayuh, menyaksikan pula pertunjukan pentas atau menonton persembahan muzikal mengenai para penjaja Pusat Penjaja Bedok?

Pesta Warisan Singapura (SHF) tahun ini akan menampilkan edisi khas sempena memperingati 200 Tahun Singapura dan edisi kali ini akan diadakan pada empat hujung minggu dari 15 Mac hingga 7 Apr.

Acara popular yang dianjurkan setiap tahun oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) akan menampilkan lawatan, persembahan, kembara warisan dan rumah terbuka di merata Singapura, dengan Kranji, Bedok, Telok Blangah, Taman Armenian Street yang baru dan Kampong Glam menjadi tumpuan utama.

Satu siri pertunjukan yang diberi nama Find Your Place In History akan diadakan di merata kawasan bandar.

Ia akan meneroka kisah-kisah yang jarang didengar. Pesta itu juga akan memperkenalkan sebuah pameran merata negara yang dipanggil 'Ride And Discover', di mana panel-panel bagi hampir 100 perhentian bas untuk empat laluan utama akan dijadikan ruang pameran kecil.

Pesta budaya selama dua hari akan diadakan di Kampong Glam dan Taman Armenian Street yang baru pada hujung minggu pertama Pesta Warisan Singapura, dengan pelbagai acara budaya ditampilkan di Taman Warisan Melayu dan satu pesta jalanan diadakan di Muzium Peranakan di Armenian Street Park yang baru.

Lawatan berpandu ke Hospital Alexandra juga akan disedaikan.

Selain itu, pementasan teater yang berjudul Buses And Roads akan diadakan dalam sebuah bas.

Hujung minggu kedua pula akan ditumpukan kepada Bedok dan makanan, sementara sejarah maritim Singapura akan menjadi daya tarikan hujung minggu ketiga di kawasan sekitar Telok Blangah.

Pada hujung minggu keempat, para pengunjung boleh melakukan lawatan ke Muzium Negara untuk meninjau pameran mengenai pembungkusan makanan. Selain itu, mereka juga boleh menyertai lawatan berpandu ke Sungei Buloh.

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita