Skip to main content

Gaya Hidup

Konsol Nintendo Switch 2 akan dilancarkan di SG pada 26 Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Konsol Nintendo Switch 2 akan dilancarkan di SG pada 26 Jun

Nintendo Switch 2 di acara media di New York pada 2 April , 2025. (Gambar: AP/Richard Drew, Fail)

Diterbitkan : 30 May 2025 01:01PM Dikemas Kini : 30 May 2025 01:03PM
SINGAPURA: Berita baik untuk penggemar permainan video yang ingin mendapatkan Nintendo Switch 2 yang akan datang. Konsol permainan video baharu ini akan dilancarkan di Singapura pada 26 Jun - lebih awal daripada tarikh yang dilaporkan sebelum ini iaitu Julai hingga September. Switch 2 juga akan tersedia sebagai pakej bersama permainan perlumbaan yang akan datang, Mario Kart World.

Menurut kedai-kedai runcit di Singapura seperti Qisahn dan GameXtreme, harga tepat untuk satu set Nintendo Switch 2 di negara ini belum disahkan.

Sekalipun demikian, penyenaraian untuk Switch 2 kini tertera di laman lain seperti Fairprice dan Amazon Singapore - dengan harga melebihi S$769. Namun, tidak jelas sama ada konsol yang disenaraikan di sana adalah set tempatan atau eksport. Konsol Nintendo Switch 2 yang ditawarkan di Fairprice, sebagai contoh, menyenaraikan negara asalnya sebagai Kesatuan Eropah.

Dalam mod mudah alih, Nintendo Switch 2 mempunyai skrin LCD 7.9 inci. Apabila disambungkan ke TV, konsol ini mampu menyokong resolusi 4K untuk permainan yang serasi.

Pengawal Joy-Con 2 yang baru kini akan melekat secara magnetik pada konsol Switch 2.

Menurut Nintendo, barangan berikut disertakan dalam set standard Nintendo Switch 2:
  • Sebuah konsol Nintendo Switch 2
  • Sepasang pengawal Joy-Con 2
  • Dua tali Joy-Con 2
  • Satu dok Nintendo Switch 2
  • Satu pemegang Joy-Con 2
  • Satu pengecas Nintendo Switch 2 dengan kabel pengecas USB-C
  • Satu kabel HDMI berkelajuan ultra tinggi

Nintendo Switch 2 juga boleh menampung permainan fizikal dan digital yang serasi yang dikeluarkan untuk Switch asal.

Permainan Nintendo Switch 2 yang akan datang termasuk Donkey Kong Bonanza, Kirby Air Riders dan Hyrule Warriors: Age Of Imprisonment.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita