Komik eksklusif SG60 hasil kerjasama pelukis SG, Archie Comics
Anggaran Waktu Membaca:
Kang Jing, 31 tahun, pelukis komik dan pengasas Chiral Comics. (Gambar: CNA/Chern Ling)
SINGAPURA: Sekali pandang, ilustrasinya mungkin kelihatan seperti gubahan digital atau juga lukisan. Tetapi cuba lihat lebih dekat, dan anda akan mendapati setiap perincian diberikan tumpuan yang teliti.
Dari seawal usia enam tahun, Kang Jing, 31 tahun, mempunyai bakat semula jadi untuk melukis. Beliau akan meluangkan masa selama berjam-jam untuk melakar watak anime kegemarannya. Dan pada 2021, artis belajar sendiri itu memberanikan diri untuk melancarkan jenama komiknya, Chiral Comics.
Apa yang bermula sebagai halaman Instagram untuk mempamerkan karyanya tidak lama kemudian berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar, membuka laluan untuk beliau menggarap watak daripada francais utama seperti Star Wars dan Marvel. Beliau juga telah menghasilkan ilustrasi muka depan komik untuk bintang Power Rangers Catherine Sutherland, Nakia Burrise dan Brennan Mejia.

Buat masa ini, Jing bekerjasama dengan penerbit Archie Comics - beliau telah menghasilkan ilustrasi muka depan khas bertema Singapura bagi sambutan SG60.
Berharga dari S$25 ke atas, tempahan awal dibuka mulai Sabtu (19 Jul), pukul 12.00 tengah hari, di laman web Jing dan melalui peruncit komik terpilih di Singapura – Kalibak Komiks dan 1 to 3 Komik.
ARCHIE COMICS: EKSKLUSIF SG60
Pada Januari tahun ini, satu idea menarik mendapat perhatiannya: Bagaimana jika beliau boleh menggabungkan ikon budaya pop kegemarannya dengan sesuatu berunsur tempatan untuk ulang tahun ke-60 Singapura?
“SG60 menandakan satu kejayaan besar bagi kita sebagai sebuah negara,” katanya. "Saya mahu mencari ilham untuk meraikannya melalui sesuatu yang saya suka - dengan menghimpunkan sesuatu yang ikonik dari Singapura dengan francais yang ramai di antara kita membesar," kongsinya.
Pada April lalu, beliau mengusulkan idea itu kepada Archie Comics dan mendapat peluang untuk mereka bentuk muka depan varian untuk salah satu edisi mereka.
Kulit varian, jelas Jing, adalah istilah yang digunakan dalam industri komik, di mana reka bentuk muka depan tiada kaitan dengan kandungan buku.
Walaupun sesetengah orang mungkin menganggap reka bentuk muka depan adalah peranan kecil, Jing menegaskan bahawa reka bentuk muka depan adalah salah satu pemacu utama pendapatan dalam industri komik.
"Untuk meningkatkan hasil penjualan, penerbit [sering mengeluarkan] pelbagai seni muka depan kisah yang sama untuk menarik minat pengumpul terhadap gaya seni dan artis yang berbeza," jelasnya.

Dia menggambarkan semula watak-watak Archie asal sebagai pelancong yang meneroka Singapura, dengan Taman di Pesisiran sebagai latar belakang utama. Dia juga menambah sentuhan tempatan: Archie memakai baju kemeja T SG60, Jughead memakan durian, dan Reggie memakai jersi bola sepak Singapura.
Jing menyiapkan lakaran kasar dalam masa sehari sebelum memindahkan ideanya ke papan seni 11 kali 17 inci, saiz standard yang digunakan untuk muka depan komik, sebelum beralih kepada dakwat.
"Pendakwatan melibatkan usaha meneliti karya seni berpensel dengan dakwat untuk meningkatkan dan memuktamadkan garisan," jelas Jing.
Untuk menghidupkan karya seni itu, Jing bekerja dengan seorang pakar pewarna dari Itali untuk menambahkan warna secara digital. Semuanya telah disiapkan dalam masa sebulan, dan ia telah diluluskan tanpa sebarang semakan diperlukan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.