SINGAPURA: Sedang lebih sejuta orang masih mencuba nasib untuk mendapatkan tiket bagi konsert Taylor Swift di Singapura pada bulan Mac, kini timbul sebilangan 'talian hayat' bagi para peminat tegar penyanyi itu yang masih mahu membeli tiket yang dijual bak 'goreng pisang panas'.
Pertama, Ticketmaster mengumumkan pihaknya akan membuka lebih banyak tempat duduk bagi tiga kategori baru dengan pemandangan dari sisi atau terhad bagi keenam-enam tarikh konsert itu. Ia dijual pada harga S$88, S$108 dan S$248.
Kedua, pada 12.00 tengah hari pada Jumaat (7 Jul), wadah perjalanan Klook mula menjual Pakej Pengalaman atau 'Experience Package', yang disertakan dengan dua tiket ke konsert Taylor Swift dan penginapan satu malam di sebuah hotel terpilih.
Bermula pada harga S$542 terdapat dua jenis Pakej Pengalaman yang disediakan. (Gambar: Klook)
Salah satu pakej meliputi penginapan satu malam di sebuah hotel empat bilik dan satu lagi pula merangkumi penginapan satu malam di sebuah hotel lima bilik.
Pengguna boleh memilih dari pelbagai hotel termasuk Furama Riverfront, Orchard Hotel Singapore, Raffles Hotel dan Andaz Singapore.
Untuk menikmati pakej yang hanya disediakan di aplikasi Klook, anda harus membuka akaun Ticketmaster. Sebaik sahaja penjualan am bermula, anda boleh memilih kategori tiket dan tarikh konsert yang diingini, serta hotel yang anda mahukan.
Setiap pengguna hanya boleh membeli maksimum empat tiket konsert, iaitu dua Pakej Pengalaman. Butiran lanjut disediakan di laman Klook.
Swift akan membuat enam persembahan dalam konsert jelajah 'Eras Tour' pada Mac 2024.
Dengan Singapura sebagai satu-satunya negara persinggahannya di Asia Tenggara, permintaan bagi tiket konsertnya amat tinggi.
Penjualan awal UOB pada 5 Julai menyaksikan lebih sejuta orang cuba mendapatkan tiket dan habis dijual dalam masa tiga jam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.