KLIA atasi Changi dalam senarai lapangan terbang paling 'Instagrammable'
Laman penerbangan Simple Flying baru-baru ini meninjau lapangan terbang mana yang paling menarik untuk bergambar bagi Instagram.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Laman penerbangan Simple Flying baru-baru ini meninjau lapangan terbang mana yang paling menarik untuk bergambar bagi Instagram.
Ini dilakukan dengan meninjau pelbagai tanda pagar atau 'hashtag' di nstagram yang ada kaitan dengan 50 lapangan terbang paling sibuk di dunia!
Ternyata Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco dan Lapangan Terbang London Heathrow merupakan tiga lapangan terbang paling 'Instagrammable'.
Di tangga keempat pula ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mempunyai lebih 600,000 tanda pagar.
KLIA malah mengatasi Lapangan Terbang Changi yang berada di tangga kelima, lapor 8 Days.
"KLIA terkenal dengan persekitaran menghijau yang dinamakan 'Jungle Boardwalk', dan ia dikunjungi 47 juta pengunjung pada 2023," menurut gambaran Simple Flying mengenai KLIA.
Netizen Malaysia bagaimanapun terkejut dan mempertikaikan bagaimana KLIA dapat masuk lima tangga teratas senarai tersebut.
"Kalau anda warga Malaysia sekalipun, janga bergurau bro," tulis seorang netizen.
Seorang lagi cuba menjelaskan bahawa 'hashtag' di wadah online biasanya disertakan bagi catatan "positif mahupun negatif".
Tertulis dalam komen beliau: "Saya masih ingat lagi waktu saya ambil gambar kereta api KLIA kerana ia selalu rosak. Mungkin itu sebabnya."
Ada pula mempertikaikan soal matlamat tinjauan itu sendiri, dengan ada yang menyifatkannya sebagai "perbandingan substandard tanpa kriteria jelas dan adil".
"Apa gunanya (KLIA diiktiraf) jika mutu dan perkhidmatannya tidak setaraf dengan di Lapangan Terbang Changi?" tulis seorang netizen yang berpandangan "terminal paling tua Lapangan Terbang Changi bahkan lebih baik daripada KLIA".
Apa pun, tinjauan itu jelas tidak dijalankan untuk membuat warga Malaysia mempersoalkan tentang keupayaan lapangan terbang sendiri.
Namun berdasarkan komen-komen di wadah online, sebahagian besar netizen merasakan KLIA tidak layak berada di tangga keempat dalam senarai itu.
Anda pernah ke KLIA? Apa pula pandangan anda? Ia layak jadi lapangan terbang 'Instagrammable'?

Sumber : 8 Days/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.