Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kipas lipat cetusan idea seniman kurang upaya serlahkan lagi semangat S'pura

Karya seni hasil 29 seniman kurang upaya dari 17 agensi khidmat sosial (SSA) dan sekolah pendidikan khas (SPED) dipaparkan pada kipas lipat dalam pek cenderahati Hari Kebangsaan tahun ini (NDP2021), serta pelekat yang diberikan kepada para murid Darjah 5.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Karya seni hasil 29 seniman kurang upaya dari 17 agensi khidmat sosial (SSA) dan sekolah pendidikan khas (SPED) dipaparkan pada kipas lipat dalam pek cenderahati Hari Kebangsaan tahun ini (NDP2021), serta pelekat yang diberikan kepada para murid Darjah 5.

Karya-karya seni tersebut dipilih daripada sejumlah karya yang dihasilkan oleh 74 seniman kurang upaya dari 26 khidmat sosial dan sekolah-sekolah SPED.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif oleh SG Enable untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pendidikan awam bagi mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif di Singapura, menurut SG Enable dalam kenyataan medianya pada 19 Ogos.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan SSA dan sekolah-sekolah SPED untuk menyerlahkan tema NDP tahun ini, "Bersama-sama, Semarakkan Semangat Singapura Kita" melalui seni pada wadah peringkat nasional ini.

"Menerusi i'mable dan pelbagai aktiviti yang kami jalankan, kami berharap orang ramai boleh menyertai kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih inklusif dengan mengiktiraf keupayaan para individu kurang upaya dan mendakap mereka sebagai rakan kerja, jiran tetangga dan teman kita," kata Ketua Pegawai Eksekutif SG Enable, Cik Ku Geok Boon.

Salah satu daripada rekaan yang dipilih memaparkan para petugas barisan hadapan - seorang jururawat, doktor dan pegawai polis.

Ia adalah hasil cetusan idea seorang murid autisme di Sekolah Admiral Hill Pusat Rainbow, Sheik Mohammad Shahzad, yang berusia 8 tahun.

"Semasa pandemik COVID-19, merekalah wira-wira Singapura. Mereka bekerja keras tanpa mengenal erti penat untuk memastikan negara ini dan rakyatnya kekal selamat. Terima kasih, semua petugas barisan hadapan!" kata murid itu mengenai karyanya.

Tahun ini juga merupakan tahun kedua SG Enable bekerjasama dengan penganjur NDP untuk mempamerkan bakat dan keupayaan rakyat Singapura yang kurang upaya.

Pada tahun lalu, 20 karya seni hasil seniman kurang upaya dari pelbagai SSA dipaparkan pada Pek NDP Singapura Bersama dan kad-kad ikrar.

Dari Ogos hingga September, karya seni NDP 2021 hasil para seniman kurang upaya ini akan dipamerkan di empat perpustakaan awam di Ang Mo Kio, Jurong East, Marine Parade dan Woodlands. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan