Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kiosk bubble tea BJ Milkytea gajikan pekerja kurang daya pendengaran; hulur pesanan dari lubang di tembok

Sekali pandang, kedai BJ Milkytea ini tidak kelihatan seakan sebuah kiosk minuman bubble tea. Jenama BBT, yang dibuka rasmi pada Julai lalu, terletak di sebuah unit kecil di Tanjong Pagar Plaza yang bertentangan pusat beli-belah 100AM. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kiosk bubble tea BJ Milkytea gajikan pekerja kurang daya pendengaran; hulur pesanan dari lubang di tembok

Kiosk bubble tea BJ Milkytea di Tanjong Pagar Plaza. (Gambar: Yip Jieying/BJ Milkytea)

Diterbitkan : 20 Sep 2021 04:48PM Dikemas Kini : 20 Sep 2021 04:50PM

SINGAPURA: Sekali pandang, kedai BJ Milkytea ini tidak kelihatan seakan sebuah kiosk minuman bubble tea. Jenama BBT, yang dibuka rasmi pada Julai lalu, terletak di sebuah unit kecil di Tanjong Pagar Plaza yang bertentangan pusat beli-belah 100AM.

Namun, jika anda lalu di hadapan kedai tersebut, anda tidak akan melihat sebarang pekerjanya menyediakan minuman mahupun papan nombor untuk memberitahu pelanggan tentang pesanan mereka.

Kiosk bubble tea BJ Milkytea di Tanjong Pagar Plaza. (Gambar: Yip Jieying/BJ Milkytea)

(Gambar: Yip Jieying/BJ Milkytea)

Bahagian depan kiosk itu tertutup sepenuhnya oleh tembok batu palsu dengan hanya satu lubang kecil yang dihiasi tirai hitam.

Dari lubang kecil itulah kakitangan BJ Milkytea akan mengeluarkan tangan mereka untuk menghulurkan pesanan bubble tea kepada pelanggan - satu langkah jarak selamat terbaik terutama di tengah-tengah penularan koronavirus sekarang.

Keunikan di sebalik reka bentuk kedai tersebut, bagaimanapun, bukan demi keselamatan semata-mata tetapi juga diterapkan untuk kemaslahatan kakitangannya yang turut terdiri daripada pekerja kurang daya pendengaran.

Dengan adanya tembok itu, golongan pekerja berkenaan boleh mengurangkan interaksi bersama pelanggan lantas memberi tumpuan kepada tugasan menyediakan minuman.

Pelanggan boleh 'membelek-belek' sebuah menu digital di hadapan kiosk itu dan membuat pesanan mereka kepada seorang anggota kakitangan yang ditempatkan di luar kedai. Kakitangan itu kemudian akan berhubungan dengan pekerja di dapur.

Untuk mengurangkan lagi kontak secara bertemu muka, pelanggan boleh sahaja mengimbas kod QR dan memesan secara online.

Sebaik sahaja minuman siap, seorang kakitangan akan menyerahkannya melalui lubang di tembok kiosk itu tetapi dengan memakai sarung tangan beruang yang berbulu.

BJ Milkytea dimiliki barista terlatih, Benny Xu, yang memulakan kiosk itu bersama isterinya, Jessie - lantas akronim 'BJ'.

Pasangan itu memutuskan untuk menerapkan konsep bertemakan beruang bagi melambangkan keluarga mereka yang juga mempunyai seorang anak kecil. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan