Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Khidmat dandan kucing agar kelihatan 'berseri' Lebaran ini

Dengan tinggal kurang dua minggu sebelum Hari Raya, ramai tentu sedang sibuk membuat persiapan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dengan tinggal kurang dua minggu sebelum Hari Raya, ramai tentu sedang sibuk membuat persiapan.

Maklumlah, setelah dua tahun, umat Islam di Singapura akhirnya berpeluang untuk beraya sakan tahun ini selepas sebahagian besar langkah pengurusan selamat dilonggarkan.

Selain persiapan dari segi perhiasan rumah, kuih-muih dan juga baju raya, jangan pula lupakan haiwan-haiwan peliharaan anda!

Tentu sekali anda mahu seluruh keluarga kelihatan segak dan anggun pada pagi Raya.

Rencana ini menghimpunkan beberapa kedai yang menawarkan khidmat dandanan kucing, yang disarankan oleh laman Have Halal Will Travel.

Ada juga yang menawarkan khidmat menyeluruh dari menyikat bulu kucing hingga ke membersihkan telinga haiwan itu.

1. Pet Lovers Centre

Tempat ini memang dikenali sebagai pusat sehenti bagi kesemua keperluan haiwan peliharaan anda.

Antara khidmat yang ditawarkan termasuk khidmat dandanan dan jagaan veterinar.

Ia juga mempunyai dua pakej bagi kucing peliharaan; khususnya pakej biasa dan dandanan sepenuhnya.

Mengetip kuku, membersihkan telinga, mencukur bulu dan memberus bulu merupakan antara khidmat yang ditawarkan dalam pakej dandanan asas mereka.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat tatarias atau memotong bulu kucing anda dalam pakej dandanan penuh.

Purata harga: $70 bagi pakej biasa, $135 bagi pakej dandanan penuh

2. Nekomori Cat Grooming Salon

Jika anda ingin mendapatkan pakej dandanan menyeluruh bagi kucing kesayangan anda, anda boleh mempertimbangkan Nekomori Cat Grooming Salon.

Mereka dianggap sebagai kedai dandanan holistik yang pertama di Singapura bagi setiap baka kucing.

Ia menyediakan bukan sahaja khidmat dandanan menyeluruh bagi kucing-kucing peliharaan tetapi juga rawatan spa yang santai.

Purata harga: $60 bagi kucing berbulu pendek, $70 bagi kucing berbulu sederhana dan $80 bagi kucing berbulu tebal (tidak termasuk kos khidmat tambahan)

3. Hanis The Groomer

Bagi para penduduk yang menetap di bahagian timur Singapura pula, anda boleh melanggani kedai Hanis The Groomer.

Ia menawarkan khidmat dandanan yang menyeluruh bagi kucing-kucing peliharaan.

Maka tidak hairanlah ia disebut-sebut sebagai salah satu daripada kedai dandanan kucing yang terbaik di Singapura!

Terletak di Tampines, kedai ini menawarkan khidmat dandanan menyeluruh seperti memotong kuku, membersihkan bahagian dagu dan telinga serta khidmat memberus bulu kucing sepenuhnya.

Malah, kedai ini juga menawarkan pelbagai gaya potongan bulu kucing seperti potongan pendek, potongan ala singa, potongan beruang antara lain.

Jika anda ingin kucing peliharaan anda tampil bergaya pada pagi Raya, anda boleh mengunjungi Hanis The Groomer untuk mendapatkan khidmat dandanannya.

Purata harga: $90

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan