Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Khairul Aming pulih dari COVID-19, kembali kongsi resepi sempena Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
Khairul Aming pulih dari COVID-19, kembali kongsi resepi sempena Ramadan

Gambar: Instagram/@khairulaming

KUALA LUMPUR: Chef selebriti, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming memaklumkan dia sudah selesai menjalani kuarantin selepas dijangkiti COVID-19.

Perkara itu dikongsinya menerusi catatan di akaun Instagram miliknya pada Ahad (3 Apr), lapor Astro AWANI.

"Seminggu dua ini korang akan dengar suara aku macam tidak sihat sebab baru habis positif.

"Alhamdulillah dah habis kuarantin. Sikit lagi nak pulih sepenuhnya," kata beliau dalam catatan itu.

Dalam catatan tersebut, Khairul turut memuat naik sekeping gambar keputusan ujian kendiri yang menunjukkan dia positif wabak COVID-19, seperti dinukil daripada Astro AWANI.

Sepanjang bulan Ramadan ini, media sosial milik Khairul Aming pasti menjadi tumpuan warga siber dengan perkongsian video tutorial masakan 30 hari 30 resipi.

Setiap video yang dimuat naik meraih jutaan tontonan malah mampu membuat warganet 'terliur' selepas melihat menu yang dihasilkan, lapor Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan