Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

KFC tawar lawatan 'dapur terbuka' mulai 13 April

Sudah berpuluh-puluh tahun sejak 1940-an, syarikat ayam goreng paling popular di dunia, KFC menyimpan rahsia resepi ayam gorengnya menggunakan 11 herba dan rempah.

Anggaran Waktu Membaca:
KFC tawar lawatan 'dapur terbuka' mulai 13 April

(Gambar: Jovi Ho)

Diterbitkan : 04 Apr 2019 09:15PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 09:20PM

SINGAPURA: Sudah berpuluh-puluh tahun sejak 1940-an, syarikat ayam goreng paling popular di dunia, KFC menyimpan rahsia resepi ayam gorengnya menggunakan 11 herba dan rempah. Namun, Colonel Sanders kini membuka pintu dapurnya kepada para peminat ayam goreng KFC bagi pengalaman untuk melihat sendiri dengan lebih dekat lagi cara penyediaan ayam goreng kegemaran ramai itu.

Lebih khusus lagi, bermula 13 April ini, KFC Singapura melancarkan program Dapur Terbuka KFC. Di bawah program ini, 36 sesi lawatan akan diadakan di cawangan-cawangan KFC di Kallang, Waterway Point, Toa Payoh Lorong 6, Jurong Point dan Northpoint City.

Setiap lawatan sepanjang 35 minit itu berharga S$15 seorang termasuk harga dua keping ayam dan beg cenderahati.

Pengurus besar KFC Singapura Lynette Lee berkata, sekitar 3,000 pengunjung dijangka menjejakkan kaki ke dalam dapur restoran makanan segera itu buat julung-julung kalinya.

Program tersebut diumumkan Cik Lee semasa acara pelancaran The Tank @ KFC Tampines mall, restoran konsep terbuka pertama KFC di Asia Tenggara.

Dinamakan sempena dapur yang dikelilingi kaca, KFC Tampines Mall mula beroperasi pada 13 Mac dan dibuka secara rasmi pada Selasa (2 Apr).

Adakah para peminat KFC akan akhirnya mendapat resipi rahsia di sebalik ayam goreng yang menjilat jari nanti semasa lawatan program Dapur Terbuka KFC?

Malangnya, seorang jurucakap KFC Singapura memberitahu kami bahawa tepung berempah yang digunakan dibancuh dan dihantar ke dapur-dapur. Cik Lee sendiri turut mengaku tidak tahu menahu campuran rempah dan herba yang digunakan.

Sumber : CNA/TQ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa