Skip to main content

Gaya Hidup

KFC SG lancar menu berilhamkan ketam cili sempena SG60

Hidangan ketam cili sekali lagi menjadi tumpuan!

Anggaran Waktu Membaca:
KFC SG lancar menu berilhamkan ketam cili sempena SG60

Menu mantou ketam cili KFC Singapura menampilkan cili ketam mantou Zinger dan ayam goreng disalut sos ketam cili. (Gambar: KFC Singapura)

Diterbitkan : 10 Jul 2025 10:03PM
  • Sempena sambutan SG60, restoran KFC akan melancarkan menu baharu yang bertemakan ketam cili, menampilkan roti mantau yang biasanya dihidangkan bersama ketam cili.
  • Dari 23 Julai hingga 2 September, para penggemar makanan laut boleh mencuba tawaran utama dalam menu tersebut: Zinger mantou chilli crab (harga bermula S$7.95).
  • Turut ditawarkan dalam menu itu adalah dua keping ayam goreng yang disaluti sos ketam cili, dihidangkan dengan dua roti mantau kecil (harga bermula S$9.70).
  • Menu hidangan ketam cili mantou itu boleh didapatkan di semua cawangan KFC kecuali di Zoo Singapura dan Sentosa.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Hidangan ketam cili sekali lagi menjadi tumpuan!

Sempena sambutan SG60, restoran KFC akan melancarkan menu baharu yang bertemakan ketam cili, menampilkan roti mantau yang biasanya dihidangkan bersama ketam cili.

Dari 23 Julai hingga 2 September, para penggemar makanan laut boleh mencuba tawaran utama dalam menu tersebut: Zinger mantou chilli crab (harga bermula S$7.95).

Hidangan inovatif itu menggantikan roti burger biasa dengan roti mantau kukus, digandingkan bersama daging Zinger KFC yang rangup dan disaluti sos ketam cili yang pekat dan beraroma.

Turut ditawarkan dalam menu itu adalah dua keping ayam goreng yang disaluti sos ketam cili, dihidangkan dengan dua roti mantau kecil (harga bermula S$9.70).

Ia disajikan dengan sos pencicah ketam cili - sesuai untuk dinikmati bersama ayam goreng rangup atau roti mantau yang gebu.

Selain itu, KFC juga akan menawarkan semula tart telur ondeh-ondeh (S$2.50) yang mengandungi kastard pandan berkrim, kelapa parut dan gula melaka.
Related article image
Beg silang roti mantau edisi terhad KFC. (Gambar: KFC Singapore)
KFC turut akan melancarkan sebuah beg silang edisi terhad sempena menu baharu itu.

Beg silang itu boleh didapatkan pada harga promosi S$19.90 (harga biasa: S$24.90) dengan setiap pembelian hidangan atau set ketam cili.

Menu hidangan ketam cili mantou itu boleh didapatkan di semua cawangan KFC kecuali di Zoo Singapura dan Sentosa.
Sumber : CNA/NI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita