KFC SG lancar burger prata Zinger, macaroni bowl bersama kari & sambal
Anggaran Waktu Membaca:
Sebahagian hidangan baharu yang ditawarkan KFC Singapura. (Gambar: KFC Singapura)
SINGAPURA:Makan prata di KFC? Perkara itu kini menjadi kenyataan selepas KFC Singapura melancarkan rangkaian menu edisi terhad berasaskan kari sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Bermula 8 Julai hingga 18 Ogos, para pelanggan boleh menikmati hidangan Curry x Sambal Zinger, Curry x Sambal Macaroni Bowl dan banyak lagi.
Menu pertama (Curry x Sambal Zinger - berharga S$8.10 ala carte) menampilkan filet Zinger yang disalut sambal, lalu diletakkan di antara kepingan roti prata yang garing. Hidangan unik ini juga dihidangkan bersama sos kari secara berasingan.
Menu kedua (Curry x Sambal Macaroni Bowl - berharga S$7.50 ala carte) pula mengandungi makaroni yang dibanjiri kuah kari dan sambal pedas, serta dilapisi dengan tiga ketul isi ayam.
Sila ambil perhatian bahawa hidangan ini hanya disediakan dari Jumaat hingga Ahad pada waktu tertentu di cawangan-cawangan terpilih sahaja.
Antara menu lain yang turut ditawarkan termasuklah Curry x Sambal Chicken yang didatangkan bersama dua ketul Ayam Hot & Crispy, sekeping roti prata, serta satu bekas kecil sos kari dan satu bekas sambal.

Bermula 22 Julai hingga 8 September pula, para pelanggan yang datang untuk bersarapan boleh mendapatkan semula menu Breakfast Curry Twister.
Bagi mereka yang membeli set Breakfast Platter Buddy Meal, anda akan menerima patung mainan Milo 'Dabao' secara percuma yang dilengkapi dengan beg mesra alam, selagi stok masih ada.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.