KFC S'pura akan jual kulit ayam digoreng mulai Isnin depan
Berita baik bagi penggemar kulit ayam! KFC akan melancarkan snek kulit ayam goreng mulai Isnin (11 Nov).
SINGAPURA: Berita baik bagi penggemar kulit ayam! KFC akan melancarkan snek kulit ayam goreng mulai Isnin (11 Nov).
Kulit Ayam KFC ditawarkan untuk tempoh terhad dan dijual pada harga S$3.50. Ia hanya dijual di 20 cawangan di seluruh Singapura. Oleh itu, besar kemungkinan anda akan terpaksa beratur lebih lama untuk membelinya.
Menurut wakil KFC, saiz hidangan yang dijual di sini lebih besar berbanding yang dijual di Indonesia, negara pertama menjual snek tersebut Mei lalu pada harga S$1.30.
Tawaran terbaru KFC itu pastinya menimbulkan cabaran bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Namun jangan khuatir: Anda boleh sahaja "lebihkan bersenam"!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.