Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

KFC lancar tat gula perang perisa 'boba tea'

Nampaknya, hampir semua makanan sekarang ini, hadir dalam perisa 'bubble tea' - minuman teh susu berisi bebola tepung ubi atau 'pearls'.

Anggaran Waktu Membaca:
KFC lancar tat gula perang perisa 'boba tea'

Tat telur baru oleh KFC berperisa gula perang dan teh susu boba. (Gambar: KFC)

Diterbitkan : 09 Oct 2019 08:16PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 08:20PM

SINGAPURA: Nampaknya, hampir semua makanan sekarang ini, hadir dalam perisa 'bubble tea' - minuman teh susu berisi bebola tepung ubi atau 'pearls'.

Rangkaian makanan segera KFC juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendakap trend tersebut. Ia mengumumkan pelancaran tat telurnya yang baru,
Brown Sugar Boba Tea Tart, sebuah pencuci mulut pastri yang diperbuat daripada gula perang, jeli boba dan kastard teh susu.

Menu terkini KFC itu boleh didapati mulai Khamis (10 Okt).

KFC menggunakan resipi sama seperti pembuat roti warga Macau, Margaret Wong, dalam tart telurnya. Margaret ialah bekas isteri Andrew Stow, lelaki di sebalik kedai tat terkenal kota tersebut iaitu Lord Stow’s Bakery. Sementara itu, jeli boba yang digunakan dimasak dalam gula perang sehingga ia cair.

Setiap 'Brown Sugar Boba Tea Tart' KFC berharga S$1.80 dengan promosi bayar S$9 untuk membeli lima keping tat dan dapat satu percuma. Selain membuat tempahan online menerusi penghantaran 'KFC Delivery', tat tersebut juga boleh didapati di kesemua cawangan KFC merata negara kecuali di Jewel Lapangan Terbang Changi, Jurong West Street 51, KidZania, Oasis Terraces, Paya Lebar Quarter, Sentosa, Taman Haiwan Singapura dan Toa Payoh Lorong 1, selagi stok masih ada. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan