KFC kolaborasi dengan mi segera pedas Korea Samyang Buldak tawar menu terhad
Anggaran Waktu Membaca:

Burger Double Down Samyang Buldak. (Gambar: KFC Singapore)
SINGAPURA: KFC kini bergabung dengan mi segera popular Korea Selatan Samyang untuk melancarkan menu terbaru yang memaparkan produk terkenal jenama itu, Buldak Ramen.
Buldak, yang bermaksud 'ayam berapi' dalam bahasa Korea, terkenal dengan tahap kepedasannya yang 'membakar'.
Menu terhad ini dilancarkan pada 2 April dan akan ditawarkan hingga 13 Mei, 2025.
APA YANG BOLEH DIJANGKAKAN
Buger tanpa roti popular oleh KFC, Double-Down kini kembali dengan suntikan baharu.

Ramai mungkin mengenali versi yang asli yang mempunyai dua kepingan ayam goreng yang disusun dengan keju, mayonnaise dan hirisan 'bacon'. Versi Samyang pula akan mengandungi mi segera samyang, sos mayonnaise dan keju di tengah-tengah dua kepingan ayam goreng itu.
Burger Double Down ini akan berharga S$8.60, namun anda juga boleh mendapatkan Double Down Box (S$13.30) yang akan mengandungi burger, sekeping ayam goreng, kimchi slaw, kentang dan air Sjora saiz sederhana.

Jika anda lebih suka memakan ayam, KFC juga menawarkan sajian Samyang Buldak Chicken (S$10.80) yang mengandungi dua keping ayam, kentang, kimchi slaw dan air Sjora.
Anda juga akan diberikan sos Samyang Buldak pedas untuk mencecah ayam goreng itu.
Samyang Buldak Chicken Box (S$12.95) turut ditawarkan, dengan dua keping ayam goreng 'chicken tenders' tambahan.
KIMCHI SLAW

Coleslaw klasik KFC turut diubah suai, dengan tambahan kimchi pedas.
Menurut KFC, ini merupakan kali pertama dalam sejarah KFC telah mengubah coleslawnya, sejak ia diperkenalkan tujuh dekad lalu".
SAMYANG BULDAK 'LOADED FRIES'

Selain ayam goreng dan coleslaw, terdapat juga Samyang Buldak 'Loaded Fries' (S$3.50) dalam menu, yang disiram dengan sos cili pedas.
Kolaborasi KFC x Samyang Buldak akan tersedia dari 2 April hingga 13 Mei 2025 di semua cawangan KFC di seluruh pulau kecuali Sentosa, Taman Haiwan Singapura dan Politeknik Singapura, dan melalui penghantaran melalui GrabFood, FoodPanda, Deliveroo dan KFC Delivery.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.