Skip to main content

Gaya Hidup

Ketahui kegunaan pelbagai jenis garam sebelum buat pilihan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tampil dalam bungkusan, jenama dan tekstur yang berbeza-beza. Pernah tak anda terfikir dalam banyak-banyak pilihan garam yang ada, yang manakah yang sebenarnya lebih sihat untuk digunakan dalam masakan?

Menurut pakar kesihatan, rata-rata semua garam sebenarnya adalah sama. Tidak kira sama ada garam halus, kasar, berjenama atau tidak, ia tiada banyak berbeza. Apa yang membuatnya lain adalah cara anda menggunakannya dalam masakan dan sebagainya.

Bagi yang mempunyai sejarah penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung, angin ahmar dan penyakit kronik yang lain, sebaik-baiknya anda harus mengawal diet termasuk sukatan garam dalam sajian seharian. Apa juga sajian yang menjadi pilihan, penting untuk menikmatinya secara sederhana dan cuba elak atau kurangkan sajian yang terlalu masin.
Gambar hiasan: Pexels
Garam juga bukan hanya digunakan sebagai bahan masakan dan penyedap makanan, ia juga memiliki pelbagai manfaat untuk kesehatan bergantung pada jenisnya. Selain itu ia mempunyai pelbagai kegunaan, antaranya untuk perawatan kecantikan seperti proses pengelupasan dan juga eksfoliasi sel kulit mati.
Gambar hiasan: Pexels
Apabila berada di pasar raya cuba perhatikan jenis garam yang ada pasaran. Setiap garam memiliki fungsi yang berbeza-beza. Bergantung kepada tekstur dan hasil hidangan yang diingini dalam sesebuah masakan. Apa juga jenis garam yang menjadi pilihan, pastikan untuk menikmatinya secara sederhana.

JENIS GARAM DI PASARAN

Garam Himalaya


Digelar pink salt, garam ini warnanya merah jambu dan teksturnya lebih kasar. Ia mengandungi besi oksida yang membuatnya berwarna merah muda. Ia tidak diproses dan tidak ada zat kimia yang ditambah di dalamnya. Tidak hairanlah jika harga garam Himalaya lebih mahal dari yang lain dan menjadi pilihan ramai, terutama mereka yang utamakan diet yang sihat.

Garam kosher

Berbeza dengan jenis garam yang lain, garam kosher mempunyai butiran yang lebih besar dan teksturnya kasar. Ia juga tidak mengandungi bahan tambahan atau additive. Walaupun butirannya tampil lebih besar dan kasar, 1 sudu teh garam kosher mempunyai berat yang jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan 1 sudu teh garam biasa.
Gambar hiasan: Pexels
Garam Laut

Menurut kajian, garam laut diperolehi dari air laut yang menguap dan melalui proses yang minimal. Lantas, tidak hairanlah jika rasanya lebih masin jika dibandingkan dengan garam yang lain. Ia juga tampil dalam bentuk butiran kristal.

Garam halus

Ia selalunya memiliki tekstur halus dan sering digunakan dalam masakan untuk menambah rasa dalam masakan. Ia tampil halus kerana semasa proses menghasilkannya ia melalui proses penggilingan untuk menanggalkan kotoran serta mineralnya.
Gambar hiasan: Pexels
Garam celtic

Jenis garam ini jarang digunakan di Asia. Sebaliknya ia lebih digemari dan popular di negara Barat seperti Perancis. Berbeza dari garam yang lain, ia memiliki warna keabuan dan tampil lembap kerana ia mengandungi sedikit air. Garam celtic juga mempunyai kandungan mineral yang lebih rendah jika dibandingkan dengan garam-garam lain.

Fleur de Sel

Inilah antara garam premium atau yang mahal. Garam fluer ini diekstrak pada hari yang cerah. Sebab itulah bentuk kristalnya lebih tipis dan kering.

Garam Himalaya
Ia tampil warna hitam dan berasal dari mineral greigite. Baunya dikatakan sangat menyengat kerana kehadiran sulfurnya yang tinggi.
Gambar hiasan: Pexels


Garam Curing
Garam pengawet atau Curing Salt ini selalunya digunakan untuk mengawetkan daging atau haiwan laut. Garam ini biasanya diperbuat dari garam dapur yang dicampur gula.

Garam Tepung
Menepatinya gelarannya, garam ini mempunyai tekstur yang halus. Rasanya yang sama seperti garam biasa dan seringkali ia digunakan untuk membuat kuih muih.

Garam Truffle
Garam truffle merangkumi campuran garam laut dengan jamur ascomycetes. Campuran inilah yang membuat garam truffle memiliki serbuk hitam di dalamnya. Ia mengandungi pelbagai protein yang baik untuk menjaga kekebalan tubuh. Apabila mengambil garam ini, pastikan ia dihadkan kerana boleh menjadi antara sebab tekanan darah tinggi.

Garam smoked
Ia adalah garam laut yang dipanggang di atas api selama anggaran dua minggu dengan menggunakan kayu. Rasanya berbeza dan variasinya tergantung pada jenis kayu yang digunakan untuk membakarnya. Biasanya, garam asap banyak digunakan untuk memberi cita rasa barbeku pada beberapa hidangan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita