Ketahui jenis perut buncit yang sering dialami wanita dan cara atasinya
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: Pexels
SINGAPURA: Tidak kira jantina, masalah perut buncit merupakan sesuatu yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Namun, bagi wanita ia pasti akan membuat anda rasa malu dan kurang selesa kerana bergaya dengan perut buncit yang ketara.
Apabila berdepan dengan masalah berat badan atau perut buncit, ia akan menyekat hasrat seseorang untuk tampil bergaya dengan pilihan pakaian mengikut trend terkini. Bukan itu sahaja, perasaan mungkin akan lebih terkesan bagi sesetengah wanita apabila ada yang pernah mendapat teguran seperti ‘sudah berapa bulan mengandung’ atau semasa sedang berdiri di dalam bas dan MRT, ada yang memberi laluan untuk duduk.
Lantas, tidak hairanlah jika ada yang menggunakan 'compressor' atau korset untuk sembunyikan perut yang buncit. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah perut buncit. Antaranya, kerana penyakit yang dihidapi, diet seharian yang tidak dikawal atau tidak seimbang, baru bersalin dan juga peningkatan usia.

Terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah perut buncit tanpa perlu mengeluarkan banyak belanja. Selain bersenam secara konsisten, penting untuk memastikan pemakanan yang lebih sihat setiap hari. Bak pepatah 'you are what you eat' atau anda adalah apa yang anda makan.
Tapi, bagi yang berpenyakit, pastikan untuk dapatkan kebenaran doktor terlebih dulu sebelum ligat bersenam, iya! Begitu juga jika anda baru melahirkan bayi, ia memakan masa untuk dapatkan semula bentuk perut asal yang kempis. Jangan terburu-buru untuk melakukan senaman semasa dalam berpantang. Yang penting, jaga kesihatan dan diet dulu sebagai permulaan.
JENIS-JENIS PERUT BUNCIT
Tidak semua wanita yang mempunyai bentuk perut buncit yang sama. Setiap individu mempunyai bentuk perut yang berbeza-beza bergantung pada saiz tubuh masing-masing. Antaranya:
Perut ‘mak-mak’
Biasanya wanita yang sudah melahirkan anak akan mempunyai perut bentuk ini dimana perut masih lagi tampil seperti sedang hamil. Biarpun sudah tiga bulan melahirkan bayi, perut akan tampil kendur, tidak berbentuk dan menggeleber yang disebabkan oleh pembesaran bayi semasa dalam kandungan.
Selepas melahirkan, otot perut akan kecut secara semula jadi dan proses ini akan mengambil masa anggaran empat hingga tujuh bulan sebelum anda dapatkan semula perut yang kempis. Semua ini bergantung pada penjagaan dan diet selepas bersalin dan seterusnya.
Bentuk 'pear'
Pinggang ramping tetapi bahagian perut lebih besar atau berlemak di pinggul, bentuk ini sering digelar sebagai perut buah pear kerana kehadiran lemak di bahagian paha yang sukar untuk dihapuskan.

Sesiapa yang mempunyai perut jenis ini, ia sering dikaitkan dengan faktor estrogen sama ada kerana genetik atau ketidakseimbangan hormon. Untuk mengatasinya, anda disarankan untuk elak makanan berlemak tinggi yang dapat tingkatkan lagi estrogen.
MENONJOL
Tekanan juga disenaraikan sebagai antara punca perut buncit. Ia menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah. Selalunya apabila anda berhadapan dengan stres dan tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal, anda akan mengundang lemak dalam tubuh. Cara untuk mengatasinya, anda harus kawal tekanan yang dilalui dan pastikan untuk dapat tidur yang secukupnya. Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi secara kerap.
Kembung
Bukan sahaja bayi atau anak kecil yang mengalami masalah ini. Golongan dewasa juga boleh berdepan dengan masalah perut kembung. Perut yang kempis akan mula mengembang selepas makan. Walaupun perut lebih besar, berat badan tetap sama kerana ketika makanan dihancurkan, ia akan ke usus.
Bakteria akan makan dan menghasilkan gas yang menjadi punca kehadiran angin dalam perut. Lantas, akan menyebabkan angin dalam perut. Untuk mengatasi masalah ini, anda digalakkan untuk mengambil makanan yang mudah untuk dicerna.
8 CARA ATASI PERUT BUNCIT
Bijirin
Menurut kajian, selain diet yang sihat, sesiapa yang mengamalkan untuk mengambil makanan biji-bijian mampu untuk menghilangkan lemak perut yang lebih jika dibandingkan dengan mereka yang memakan biji-bijian yang ditapis. Ini adalah kerana makanan biji-bijian melambatkan penyimpanan lemak dalam tubuh.
Pada masa yang sama, bijirin penuh juga boleh membantu tubuh untuk rasa kurang lapar dalam tempoh masa yang lebih lama dan sekaligus mengurangkan tabiat mengambil makanan di antara makan yang sepatutnya.

Kekacang
Snek ini mengandungi lemak mono atau bebas tepu yang lebih mudah untuk membakar lemak semasa melakukan aktiviti seharian jika dibandingkan dengan jenis lemak yang lain. Lantas, mereka yang makan lemak mono adalah lebih cenderung untuk mempunyai perut yang lebih kecil atau leper.
Lemak ini juga dikatakan dapat membantu merangsang metabolisme anda selain membakar lemak pada kadar yang lebih singkat.
Sayuran
Sayur-sayuran hijau diperkaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh. Serat dalam sayur-sayuran hijau membantu untuk menstabilkan gula dalam darah. Tindakan ini berkerjasama untuk menghentikan lemak daripada berkumpul atau terperangkap di bahagian perut. Oleh itu, pastikan diet yang sihat dan sertakan sayuran hijau di dalam diet seharian anda sebarapa banyak yang boleh.

Protein bebas lemak
Protein, kehadirannya penting untuk membentuk otot di dalam tubuh. Dikenali sebagai protein lean, ia dapat mengurangkan lemak-lemak di kawasan berkaitan. Selain itu, satu lagi manfaat baik yang boleh diperolehi daripada protein tanpa lemak, seperti ikan, adalah peningkatan metabolisme.
Minyak Zaitun
Ia menjadi pilihan ramai kerana ternyata baik untuk kegunaan seharian termasuk dalam masakan. Kajian menunjukkan produk-produk makanan seperti minyak zaitun dapat membantu untuk memecahkan lemak yang terjerat di dalam tubuh dan mudah untuk menghapuskannya. Cuba alternatif yang berbeza dengan menggantikan minyak zaitun dalam diet seharian untuk membantu membasmi lemak tebal di perut anda!

Air lemon
Letakkan hirisan lemon di dalam minuman seharian anda, terutama selepas makan. Lemon mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan selain membantu dalam proses detoks.
Pada masa yang sama, ia juga dapat membantu untuk mengempiskan perut jika diminum secara konsisten dan berterusan.
Makan dan minum
Jika anda jenis yang suka makan sambil diselang dengan minum air, hentikan tabiat ini. Sebaik-baiknya minum selepas selesai makan. Selain itu, penting juga untuk tetapkan masa untuk makan. Elak makan sehingga lewat malam dan jauhkan dari sajian berminyak serta makanan segera.
Senaman
Luangkan 15 minit atau lebih untuk bersenam seharian. Lakukan rutin yang ringkas melibatkan bahagian perut seperti senaman sit-up atau plank. Amalkan rutin ini tiga hingga empat kali seminggu untuk anggaran 30 saat sebagai permulaan. Jika konsisten melakukannya seharian, percayalah ia bukan sahaja membantu anda untuk tampil lebih sihat, cantik dan ceria. Perut buncit pun boleh kempis dan tidak lagi ketara!

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.