Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ketahui 4 jenis sakit kepala biasa dialami; bila perlu berjumpa doktor

Boleh dikatakan hampir semua di antara kita pernah mengalami sakit kepala walaupun penyakit ini tidaklah serius, namun jika dibiarkan berlarutan, akan mengganggu kegiatan harian kita.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketahui 4 jenis sakit kepala biasa dialami; bila perlu berjumpa doktor
Diterbitkan : 30 Oct 2021 11:19PM Dikemas Kini : 30 Oct 2021 11:22PM

KUALA LUMPUR: Boleh dikatakan hampir semua di antara kita pernah mengalami sakit kepala walaupun penyakit ini tidaklah serius, namun jika dibiarkan berlarutan, akan mengganggu kegiatan harian kita.

Sebenarnya terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza ciri-cirinya, punca dan rawatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia di laman Facebooknya, dipetik oleh majalah Keluarga.

Perkongsian maklumat itu mendapat perhatian warga maya hingga ia dikongsikan lebih 8,200 kali.

Mungkin selama ini, ada yang menganggap sakit kepala sahaja mesti disebabkan rasa pening atau pitam.

Berikut merupakan empat jenis sakit kepala yang paling biasa berlaku.

SINUS

Sakit yang terasa di sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung.
Sakit ini akan rasa lebih teruk apabila baring mengereng, bergerak secara mengejut dan apabila melakukan pergerakan. Ia berlaku akibat jangkitan dan perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.

TEKANAN

Sakit yang terasa di hadapan kepala, terasa seperti kepala diikat dan dihimpit.

Aktiviti fizikal tidak membuat sakit bertambah teruk. Ia berlaku akibat tekanan, kurang air dan otot tegang.

MIGRAIN

Terasa sakit berdenyut di sebelah kepala dengan tekanan di belakang mata.

Biasanya akan rasa loya dan kabur mata. Rasa sakit menjadi lebih teruk dengan pergerakan dan aktiviti fizikal. Sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising.

'CLUSTER'

Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Apabila baring akan membuat sakit bertambah teruk. Berpunca dari hidung atau air mata tersumbat.

Jadi, bila anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera bagi masalah sakit kepala?

  • Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
  • Kanak-kanak sering mengadu sakit kepala
  • Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keseimbangan tubuh dan pertuturan
  • Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
  • Sakit kepala dengan demam, sawan atau pengsan
  • Sakit kepala dengan tegang di tengkuk dan ruam
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan