Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ketahui 4 ciri tanaman hiasan tidak cukup air

Anggaran Waktu Membaca:
Ketahui 4 ciri tanaman hiasan tidak cukup air

Pokok-pokok Roger masih di balkoni. (Gambar: Calvin)

KUALA LUMPUR: Tanaman hiasan tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat kini yang serba moden, malah ada yang menjadikan menanam pokok dan bunga sebagai hobi dan kerjaya.

Bagaimanapun, seseorang yang menanam bunga perlu tahu kaedah merawat bunga tanaman dan risiko yang mungkin berlaku jika bunga jarang disiram, seperti dinukil daripada MStar.

Ini kerana, menyiram adalah salah satu rawatan paling mudah dan penting untuk memastikan tumbuhan dalam rumah hidup. Semasa menyiram, air yang diberi mestilah dalam kuantiti yang mencukupi tidak lebih atau kurang.

Bagaimanapun, terdapat beberapa ciri tanaman hiasan kekurangan air, termasuklah;

1. Daun layu

Daun atau bunga tanaman hiasan menjadi layu merupakan ciri-ciri klasik yang disebabkan oleh kekurangan air.

Ia kerana pemilik kurang memberi air mengakibatkan sel dan jaringan di dalam tanaman menjadi kaku.

Walaupun punca kelayuan tumbuhan boleh disebabkan oleh penyakit, faktor utama masih dipengaruhi oleh keperluan air yang tidak mencukupi.

2. Tanah kering

Selain manusia, tumbuhan hiasan juga terdedah kepada dehidrasi sehingga tanah menjadi kering dan keras.

Jika tanah di sekeliling tumbuhan anda kelihatan kering hingga retak, kemungkinan besar ia memerlukan lebih banyak air, lapor MStar.

Tetapi pengecualian untuk sukulen dan kaktus, kerana jenis ini tidak memerlukan banyak air disamping ia boleh menyimpan kandungan air dengan baik.

3. Hujung daun kering dan mati

Ciri lain tumbuhan hiasan kekurangan air ialah tahap air dihujung daun mengering malah ada yang menguning.

Apabila tumbuhan tidak mendapat air yang mencukupi, bahagian tepi daun terdedah kepada kekeringan dan menjadi coklat.

Atas dasar itu, jika dibiarkan, akhirnya seluruh daun tanaman hiasan tersebut akan bertukar keperangan seperti terbakar dan mati berguguran.

4. Pertumbuhan perlahan

Tanaman hiasan yang jarang disiram sangat mempengaruhi pertumbuhannya sehingga menjadi lebih perlahan.

Bukan itu sahaja, kemarau akibat kekurangan air menyukarkan tumbuhan untuk merangsang pertumbuhan daun baru, seperti dinukil daripada MStar.

Berbeza dengan tumbuhan yang diberi bahagian air yang mencukupi, ia cenderung mudah tumbuh dan kelihatan sihat selain daunnya yang bertambah.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan