Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ketahui 10 menu wajib Syawal di seluruh dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Ketahui 10 menu wajib Syawal di seluruh dunia
(Gambar hiasan: Aman Rochman/AFP)
Diterbitkan : 28 Apr 2022 06:59PM Dikemas Kini : 01 May 2022 03:18PM

KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi. Pada hari istimewa tersebut, muslimin dan muslimat akan meraikan kejayaan mereka menahan lapar dan dahaga serta nafsu selama 30 hari di bulan Ramadan.

Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, umat Islam akan berpusu-pusu pulang ke rumah masing-masing bagi menikmati hidangan menyelerakan di pagi Aidilfitri, seperti dinukil daripada MStar Online.

Memandangkan Muslim di seluruh dunia terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum, menu yang dihidangkan juga berbeza mengikut budaya dan asal-usul mereka.

Mereka di Singapura meraikan Aidilfitri dengan hidangan Sambal Udang untuk dimakan bersama ketupat dan lemang, lapor MStar Online.

Selain itu, kami turut menyajikan Ayam Masak Merah sebagai menu istimewa Syawal, bagaimana pula masyarakat lain di seluruh dunia menyambutnya?

Mari kita lihat hidangan istimewa yang disediakan sempena lebaran di 10 negara di seluruh dunia.

1. India

Umat Islam di utara India meraikan Syawal dengan Kari Kaleji yang dipadankan dengan Rotin Naan sebagai meraikan kemenangan selama sebulan berpuasa.

2. Pakistan

Meja makan dipenuhi dengan hidangan manis dan menyelerakan.

Muslim di Pakistan menghidangkan Sheer Kurma yang mengandungi mi vermiseli, susu, gula dan kurma kering sebagai menu wajib hari raya!

3. Myanmar

Bagi penganut agama Islam di Myanmar, Syawal disambut selama sehari sahaja.

Seperti masyarakat di Pakistan, Aidilfitri di Myanmar tidak lengkap tanpa semangkuk Sheer Kurma dan Seviyan iaitu manisan diperbuat daripada mi vermiseli, mentega dan santan.

4. Turki

Lokum adalah kegemaran masyarakat Muslim di Turki apabila tibanya Hari Raya Puasa. Pencuci mulut yang kelihatan seperti jeli adalah gabungan antara kanji, gula, kurma, kacang pistasio dan walnut.

5. Somalia

Umat Islam menyediakan roti yang istimewa yang dipanggil Cambaabur pada sambutan Aidilfitri.Sajian itu merupakan roti yang diperbuat daripada gandum dan pencuci mulut sekoi yang ditabur dengan gula dan dihidangkan bersama yogurt, lapor MStar Online.

6. Malaysia

Jika di Malaysia, mereka yang meraikan Syawal akan menikmati sajian seperti ketupat, lemang, rendang dan sate sebagai menu wajib di hari raya.

7. Indonesia

Sambutan Syawal di Indonesia tidak banyak bezanya dengan Malaysia. Umat Islam di Indonesia menghidangkan ketupat sebagai menu wajib Hari Raya Puasa!

8. Mesir

Muslim di Mesir menghidangkan biskut Kahk bersama teh pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Biskut Kahk yang diperbuat daripada tepung serbaguna, bijan, katu manis dan gula ini sebenarnya bukan sahaja disaji pada hari raya sahaja.

Masyarakat Mesir 'memborong' biskut Kahk kira-kira sepuluh hari sebelum Syawal menjelma sehingga Hari Raya Puasa ke-sepuluh.

9. Syria dan Lubnan

Kuih Maamoul sering dihidang di negara-negara Levantin seperti Syria dan Lubnan sempena sambutan Aidilfitri.

Maamoul merupakan kuih yang berinti seperti kurma, kacang pistasio atau walnut dan selalunya ditabur dengan gula tepung.

10. Arab Saudi

Antara menu tradisional yang dihidang pada sambutan Aidilfitri di Arab Saudi adalah Mugalgal.

Mugalgal adalah hidangan popular Syawal di Arab Saudi yang mengandungi daging kambing cincang, tomato segar, bawang dan lada hijau goreng.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan