Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ketagihan kafeina? Apa yang anda perlu tahu...

Sumber utama kafeina adalah minuman kopi dan teh. Bagaimanapun, terdapat sumber-sumber lain seperti minuman berkarbonat, air coklat dan gula-gula kopi. Ia juga dikesan dalam ubat-ubat tertentu seperti ubat tahan sakit, ubat demam serta pil diet.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketagihan kafeina? Apa yang anda perlu tahu...

Gambar fail kopi. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2018 09:54AM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 09:59AM

MALAYSIA: Sumber utama kafeina adalah minuman kopi dan teh. Bagaimanapun, terdapat sumber-sumber lain seperti minuman berkarbonat, air coklat dan gula-gula kopi. Ia juga dikesan dalam ubat-ubat tertentu seperti ubat tahan sakit, ubat demam serta pil diet.

Malah, kafeina sebenarnya sejenis ubat tahan sakit dan mampu meningkatkan keberkesanan ubat tahan sakit. Dengan itu, ia lebih efektif sekiranya ubat seperti panadol diambil bersama kopi, bagi mengurangkan sakit kepala.

Kafeina memberi seseorang tenaga, membantu menumpukan perhatian dan berasa gembira kerana ia berfungsi sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat (central nervous system).

Antara kesan sekiranya seseorang berhenti mengambil kafeina secara tiba-tiba ialah:

Sakit kepala
Letih badan
Kegelisahan
Mudah marah
Mood kurang baik
Sukar memberikan perhatian atau fokus

Meskipun kesan mengambil kafeina tidak berbahaya sehinggakan boleh meragut nyawa seseorang, para individu boleh ketagih mengambilnya dan terlalu bergantung kepadanya.

BAGAIMANA INGIN BERHENTI MENGAMBILNYA?

Barangkalinya, seseorang mengambil kafeina disebabkan oleh beberapa faktor seperti ingin mengurangkan pengambilan gula atau bimbang dengan keadaan kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Satu cara untuk berhenti mengambil kafeina adalah dengan banyak minum air.

Gantikan minuman sedemikian dengan minuman tidak berkafeina. Contohnya, jika lazimnya anda mengambil 3 cawan kopi sehari, gantikan satu atau dua cawan dengan air susu atau lemon. Kemudian, kurangkan secara bertahap-tahap dan melakukan lebih banyak senaman kerana ia adalah perangsang semula jadi bagi tubuh anda. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan