Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kes penyakit berkaitan vape meningkat kepada 530 di AS

Para pegawai kesihatan Amerika Syarikat mengesahkan terdapat 530 kes dan tujuh kematian akibat penyakit berkaitan paru-paru yang dikaitkan dengan tabiat menghisap vape. Tiada tanda yang menunjukkan kes-kes itu semakin berkurangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes penyakit berkaitan vape meningkat kepada 530 di AS

Vape. (Gambar fail: Spencer Platt/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 20 Sep 2019 02:47PM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 02:49PM

CHICAGO: Para pegawai kesihatan Amerika Syarikat mengesahkan terdapat 530 kes dan tujuh kematian akibat penyakit berkaitan paru-paru yang dikaitkan dengan tabiat menghisap vape.

Tiada tanda yang menunjukkan kes-kes itu semakin berkurangan.

Jumlah ini lebih tinggi berbanding 380 kes dilaporkan minggu lalu sedang para pegawai kesihatan mengaitkan lebih banyak penyakit dan kematian dengan vape. 75 peratus kes melibatkan pesakit lelaki dan 66 peratus berusia antara 18 hingga 34 tahun.

Pentadbiran Makanan dan Perubatan (FDA) Amerika Syarikat kini sedang menyiasat lebih daripada 150 produk dan bahan dan menyatakan ia telah memulakan siasatan jenayah untuk mengkaji rantaian bekalan produk vape serta mengenal pasti punca peningkatan kes.

Pengarah Pusat FDA untuk Produk Tembakau, Mitch Zeller berkata, tiada satu-satu bahan atau sebatian, termasuk tetrahydrocannabinol (THC), komponen marijuana atau asetat Vitamin E dikaitkan dengan semua kes setakat ini.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesahkan terdapat tujuh kematian berkaitan vape dengan dua dilaporkan di California dan masing-masing satu di Illinois, Kansas, Indiana, Minnesota dan Oregon.

“Kami menjangkakan lebih banyak kes,” kata Timbalan Pengarah Utama CDC, Dr Anne Schuchat kepada wartawan.

Seorang lelaki Missouri berusia linkungan 40-an tahun meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru yang dikaitkan dengan penggunaan rokok elektronik awal minggu ini, iaitu kematian kelapan di Amerika Syarikat dan yang pertama di Missouri, menurut sumber kesihatan negeri pada petang Khamis (19 Sep).

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan