Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kereta terbang pertama dunia diluluskan; tempahan dibuka pada harga AS$300,000

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta terbang pertama dunia diluluskan; tempahan dibuka pada harga AS$300,000

(Gambar: Alef Aeronautics)

Diterbitkan : 04 Jul 2023 02:57PM Dikemas Kini : 04 Jul 2023 03:00PM
CALIFORNIA: Sebuah kereta terbang elektrik sepenuhnya yang berharga kira-kira AS$300,000 (S$ 406,000) baru sahaja mendapat kelulusan untuk memulakan ujian di jalan raya dan juga di udara.

Alef Aeronautics, pengeluar kereta California, Amerika Syarikat menerusi kenyataan medianya menyatakan, kenderaan tersebut telah menerima Pensijilan Kelayakan Udara Khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk Model A.

Ia adalah kelulusan pertama untuk kereta berkemampuan penerbangan, menurut syarikat pemula yang disokong oleh entiti seperti SpaceX.

Ketua Pegawai Eksekutif, Alef Jim Dukhovny berkata: "Ia membolehkan kami bergerak lebih dekat untuk membawa orang ramai dalam perjalanan yang mesra alam dan lebih pantas, menjimatkan masa individu dan syarikat setiap minggu."

“Ini adalah satu langkah kecil untuk kapal terbang, satu langkah gergasi untuk kereta," katanya.

Disebabkan sekatan FAA yang semakin berkembang terikat dengan keupayaan kereta terbang yang belum pernah berlaku sebelum ini, Alef berkata, pensijilannya menghadkan lokasi dan tujuan ia dibenarkan terbang.

Syarikat itu menyasarkan penghasilan kereta terbang pertama dengan kedua-dua pemanduan jalanan dan keupayaan berlepas menegak.

Ia direka sedemikian rupa agar sesuai dengan pemanduan dan peletakkan kenderaan mengikut infrastruktur bandar sedia ada.

Kereta terbang itu boleh berlepas secara menegak atau mendatar dan boleh membawa sehingga dua orang pada satu-satu masa.

Ia dijangka mempunyai jarak jalan raya sehingga 322 kilometer dan jarak terbang pula 177 kilometer.

Pembeli boleh membayar wang cengkeram AS$150 (S$203) untuk menyertai baris gilir umum, atau AS$1,500 (S$2,027) untuk mendapatkan akses keutamaan apabila penghantaran bermula.

Kira-kira 440 orang membayar deposit dalam tiga bulan terakhir 2022, kata Encik Dukhovny pada Januari.

Pada bulan Disember, Encik Dukhovny memberitahu 'CNBC Make It' bahawa pelanggan boleh mengharapkan untuk melihat kereta mereka di langit menjelang 2025.

Alef bukanlah satu-satunya syarikat kereta terbang dan teksi udara yang membuat penerobosan peraturan utama sejak kebelakangan ini.

Pada hari Rabu, saham syarikat teksi terbang Joby Aviation melonjak 44 peratus selepas ia juga menerima Sijil Kelayakan Penerbangan Khas daripada FAA.
 
Sumber : AGENCIES/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan