Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kereta meletup kerana pemandu sembur penyegar udara 'berlebihan', nyalakan rokok

Bagi kebanyakan perokok, penyegar udara disembur selepas habis merokok, terutamanya apabila melakukan sedemikian di ruang tertutup.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta meletup kerana pemandu sembur penyegar udara 'berlebihan', nyalakan rokok

(Gambar: Khidmat Bomba dan Penyelamat West Yorkshire)

Diterbitkan : 18 Dec 2019 11:16PM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 11:30PM

WEST YORKSHIRE: Bagi kebanyakan perokok, penyegar udara disembur selepas habis merokok, terutamanya apabila melakukan sedemikian di ruang tertutup.

Namun bagi seorang pemandu di West Yorkshier, England, beliau nyaris-nyaris cedera parah apabila tindakannya menyalakan rokok dalam kereta yang baru di sembur penyegar udara menyebabkan letupan kuat.

Menurut The Telegraph, pemandu yang tidak didedahkan identitinya itu, hanya cedera ringan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat West Yorkshire (WYFRS) letupan "dramatik" itu berpunca daripada semburan penyegar udara yang berlebihan.

Menurut laporan The Telegraph lagi, gas daripada semburan meletup menyebabkan cermin tingkap depan pecah dan pintu kemek sementara tingkap di pejabat-pejabat berdekatan rosak teruk.

Menurut polis, kejadian yang berlaku di Halifax, England pada Sabtu lalu itu boleh menjadi lebih serius dan orang ramai diingatkan supaya mematuhi nasihat keselamatan.

The Telegraph menukil seorang saksi, Craig Chew-Molding yang menulis di Twitter: "Sebuah letupan kereta di Pusat Bandar Halifax. Letupan yang sungguh besar, saya berada di bar bersebelahan."

Gambar-gambar kejadian itu menunjukkan cermin belakang dan but kereta juga tercampak akibat kesan letupan.

Seorang jurucakap Polis West Yorkshire mengingatkan: "Orang ramai diharapkan agar berhati-hati dan ikuti garis panduan apabila menggunakan tin penyegar udara." 

Sumber : Agensi berita/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan